Hati-hati ketika membeli buah manggis, anda mungkin akan mendapat isi buah yang comel dan mencairkan hati!

Di beberapa kawasan di Malaysia pada waktu ini sedang ‘dilanda’ musim buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, langsat dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana memiliki buah-buahan tempatan yang mempunyai rasa yang segar, manis, unik dan sukar ditemui di negara luar.

Misalnya, seperti buah manggis. Walaupun mempunyai rupa luaran yang tidak seberapa elok, berwarna ungu gelap dengan kesan-kesan berwarna coklat pada kulitnya, namun buah manggis menyembunyikan isi dalam yang manis, lembut, cair di dalam mulut dan sangat menyelerakan.

Walau bagaimanapun, sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini ada memberi amaran kepada orang ramai yang mahu membeli buah manggis kerana bimbang akan ‘ditipu’ dengan isi buah manggis yang palsu!

Tetapi, jangan bimbang, isi buah manggis palsu ini terlalu comel dan pasti membuatkan anda tidak sanggup untuk mengapa-apakannya!

 

Ternyata, video ini telah membuatkan ramai pengguna Twitter terhibur dan geram melihat kucing yang sangat comel itu. Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telah mendapat 51,190 retweets dan 52,492 sukaan. Wah, bilangan yang sangat banyak!

Jadi, sila berhati-hati sebelum memakan buah manggis selepas ini ya! Pastikan isinya asli dan bukan palsu seperti video ini!

Kredit: erabaru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.