“Jatuh Sendiri, Orang Lain Kena.” Tular Video Budak Mengamuk Buat Netizen Bengang

Selain sesi bermaaf-maafan dan menjamu makanan, sesi bergambar juga sering dilakukan oleh umat Islam di Malaysia ketika menyambut Aidilfitri.

Apa tidaknya, semuanya sudah siap dengan baju baru dan sedondon jadi semua akan lebih teruja untuk bergambar bersama.

Bagaimanapun, sesi bergambar bersama keluarga ini nampaknya memberi kesan mendalam kepada warga di laman Twitter khususnya.

“Benda la dia yang jatuh sendiri, tiber orang lain kena”

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga besar dipercayai ingin mengambil gambar raya memandangkan masing-masing mengenakan baju kurung serta baju Melayu.

Namun dalam video itu, seorang budak lelaki berbaju merah Melayu kelihatan seperti mahu menunjuk-nunjuk di hadapan ahli keluarga.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama Bellansxrddn itu turut menunjukkan budak lelaki itu tiba-tiba terjatuh, membuatkan seisi keluarga ketawa malah mengejeknya.

Akibat tidak dapat menerima diketawakan oleh salah seorang saudaranya, budak lelaki berkenaan bertindak menumbuk kanak-kanak berkenaan sebelum merampas telefon bimbit yang sedang merakam.

Ini menjadi persoalan kepada Bellansxrddn yang terkejut dengan sikap budak yang memukul orang lain kerana kesalahannya sendiri.

Malah, Bellansxrddn turut menyatakan bahawa ibunya pernah ditampar dan ditendang oleh seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap yang sama dengan budak itu. Kejadian itu membuatkan dia benci kanak-kanak yang mempunyai sikap sedemikian.

Video berkenaan kemudiannya menjadi tular di twitter dan menarik perhatian ramai pihak yang kebanyakannya menyalahkan cara ibu bapa mendidik anak.

Selain itu, ramai yang kurang setuju dengan kenyataan “nama pun budak kecil” membuatkan kanak-kanak seperti ini semakin naik kepala.

Main pijak je fon tu

Selalu dimanjakan berlebihan

Kena bagi pengajaran

Jenis cepat koyak

Video:

https://twitter.com/bellansxrddn/status/1524771851419160576?s=20&t=3hv9inzZciJ8lm3ZNO1k6A