‘Jelingan’ Manja Tengku Afzan Jadi Idaman, Jawapan Permaisuri Nilai Mahar Puterinya Buat Rakyat Terhibur

Laman Twitter dilihat sebagai salah satu platform bagi warganet untuk meluahkan segala pandangan, reaksi dan isi hati seseorang. Tidak ketinggalan, kerabat Diraja juga tidak terlepas daripada menggunakan media sosial ini berikutan konsepnya yang mudah dan ringkas.

Sekiranya anda merupakan pengikut bagi akaun Twitter puteri Anakanda Agong, Tengku Afzan, sudah pasti mengetahui mengenai ‘jelingan’ beliau yang menghiasi ruangan aplikasi berkenaan. Apa tidaknya, sungguh sukar untuk melihat gambar-gambar Tengku Afzan dengan reaksi senyum, namun apa yang banyak dipertontonkan kepada warganet ialah ‘jelingannya.’

https://twitter.com/tengkuafzan1/status/1182594494899863552?s=19

Disebabkan itu, ramai yang tertunggu-tunggu perkongsian foto senyuman yang bakal dimuat naik oleh Tengku Afzan. Malah, ada yang memintanya untuk melemparkan senyuman sambil menjeling.

Orang jarang senyum ni, sekali dia senyum.. haih

Senyum atau tidak tetap cantik.

Walau bagaimanapun, sebentar tadi Tengku Afzan telah berkongsikan gambar yang memaparkan dirinya tersenyum. Walaupun gambar tersebut bukan dimuat naik sendiri olehnya, senyuman manis di wajah Puteri Agong jelas terpancar.

https://twitter.com/tengkuafzan1/status/1182670222039367681?s=19

Perkongsian itu bagaimanapun telah mendapat pujian rata-rata warganet yang gembira dapat melihat Tengku Afzan mengukirkan senyuman. Malah, ada juga yang berseloroh walaupun tersenyum masih nampak reaksi garang di wajahnya.

Kencing manis saya.

Tak kisah la tengku @tengkuafzan1 ..bagi saya tengku jeling pun dh memang cantik… Jarang2 nmpk org jeling cantik… Rare kut.

saya je boleh buat tengku tersenyum hehe.

Ada juga yang bergurau bertanya kepada Permaisuri berapa nilai mahal bagi puterinya itu. Dan ini jawapan dari Permaisuri.

Sumber: siakapkeli via tweet @tengkuafzan1

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.