Tak Sampai 40 Minit Jemur Kain Lap, Warna Putih Di Luar, Jiran Datang Bagi Bantuan

Minggu lalu, kempen bendera putih dilancar oleh rakyat Malaysia dan mendapat sambutan hangat sejak akhir-akhir ini.

Tanpa mengira lokasi, pasti ada individu yang mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.

Tetapi berbeza pula kali ini, apabila seorang pengguna Facebook, Annie Sait berkongsi pengalaman menjemur kain putih itu disalah anggap oleh jirannya, yang menyangka beliau memerlukan bantuan.

*perkongsian ditulis dalam dialek Sabah

Perkongsian Annie adalah seperti di bawah:

Baru 40 minit aku sidai ni kain lap di jendela tiba-tiba ada jiran bagi salam depan jendela. Pelik aku ingat runner ka atau budak-budak J&T hantar barang atau collect barang, sedangkan pagi tadi suda datang.

Tapi aku heran perempuan bagi salam, anggap jak la sisku jual kek. Sekalinya dia tanya “Ok ka juga sis apa perlu bantuan?” Ya Allah terharunya.

“Sis sorry saya jemur kain lap, sis lupa pulak pasal kempen kibarkan bendera putih tu..” Terbaik ba jiran-jiranku d sayang kamu ne, TQ sebab prihatin.

Npa apa la aku jemur di dapur la ne risau kita nanti ramai lagi yang bagi salam. Terbaik semua..abaikan warnanya ya, begitu laitu kalau colour kain lap segala minyak di dapur.

Prihatin ba rakyat malaysia ne.

Dalam ruangan komen perkongsian itu, dia juga menjelaskan bahawa keadaan rumahnya, boleh menampakkan kain jemuran tersebut.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian, seperti di bawah:

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://newsagencylive.com/