Kakak Rela Adik Kandung Nikahi Bekas Suami

Tular satu kisah di negara seberang mengenai seorang wanita yang kuat dan cekal, rela melihat adik kandungnya bernikah dengan bekas suaminya, menurut laporan Kosmo.

Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan oleh akaun Instagram @memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook @Mama Aldy.

Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.

“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku…”

Ucapannya ringkas namun sangat berbekas, wanita ini dengan tabah mendoakan bekas suaminya hidup bahagia bersama adik perempuannya.

Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.

Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.

“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.

Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?”…”

Ini yang selalu dikatakan ” JANGAN PERNAH KASIH CELAH DENGAN YANG NAMANYA IPAR.

“Adiknya ni janda, dibagi tinggal dengan suami, jadi ada hubungan sulit dengan suaminya…”

Wanita tu patut kahwin dengan kakak bekas suami

“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain.

Sumber: Kosmo. redaksi