“Kau Jangan Menyusahkan Aku” Wanita Marah Pukul Anak Dalam Bas Mengundang Padah.

Kalau tekanan sekalipun, janganlah lepaskan amarah pada anak. Kawallah emosi.

Petaling Jaya – Tindakan seorang wanita yang ligat memarahi anaknya sehingga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak ketika menaiki sebuah bas ke Temerloh, Pahang mendapat pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi video yang tular diaplikasi Tiktok,seorang pengguna yang dikenali sebagai Qissy telah berkongsi keadaan kecoh yang berlaku di dalam sebuah bas ekspres.

Menerusi video tersebut, gadis yang juga merupakan salah seorang penumpang bas tersebut telah berjaya merakam situasi itu selepas berasa tidak senang hati mendengar seorang ibu yang selamba menyumpah seranah anaknya.

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103146232947789082?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

“Kau jangan menyusahkan aku,” marah wanita terbabit kepada anaknya yang sedang menangis.

Lebih mengejutkan, situasi itu dikatakan berlanjutan hingga membuatkan ramai penumpang rasa tidak selesa.

Suara makcik tu je bising sepanjang jalan. Tak habis-habis sumpah serana anak dia.

Lepas pakcik polis ni tegur terus cakap baik-baik dengan anak dia ye siap guna “sayang”.

https://www.tiktok.com/@amethystnb_/video/7103095047129746715?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Susulan insiden itu, orang ramai naik geram dengan wanita tersebut serta bersimpati dengan anaknya.

“Kasihan, kalau saya pun marah akak tu. Kenapalah pukul anak. Pujuk dia elok-elok dan bagitahu pemandu untuk berhenti bagi membolehkan anaknya buang air,” kata Nurhidayah.

Tidak kurang juga yang mengatakan wanita itu sebenarnya terkena “burnout”

“Kalau saya akan ambil anak dia dan pujuk. Mak dia ‘burn out’ (penat) agaknya,” luah Siti pula.

“Mak dia mungkin ada tekanan dan lepaskan pada anak dia. Mungkin masalah dengan suami. Kalau iman tak ada boleh cepat hilang sabar,” ujar Cahaya.