Kaya, Berjaya& Ada Banyak Bisnes! Ramai Terkedu Tgk Jumlah Bayaran LAUDYA CYNTHIA BELLA Utk 1 Filem

Raut wajah lembut selebriti negara seberang, Laudya Cynthia Bella mampu membuatkan sesiapa sahaja terpesona. Bersandarkan peribadi yang baik dan penampilan sopan seorang muslimah tidak hairanlah Bella menjadi inspirasi ramai.

Tidak hanya dikurniakan wajah cantik dan aura memukau, figura ini juga cukup berjaya dalam kariernya sebagai anak seni dan usahawan. Dilahirkan pada 24 Februari 1988 di Bandung, Bella merupakan anak kepada pasangan Busye Amir dan Menny Setiaputri.

Memetik laporan portal IDN Times, penglibatan Bella dalam industri seni bermula sejak dia berusia 6 tahun. Dalam usia yang masih muda, Bella sudah didedahkan sebagai model iklan.

Ketika dia mencecah usia 14 tahun pula, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan ini sudah mula menceburi bidang peragaan dan menjadi pelakon.

Hasil lakonan mantap Bella dalam filem Virgin, dia menerima anugerah Most Favourite Rising Star dan Best Actress. Sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni, dia sudah membintangi 21 buah filem, 18 sinetron dan 13 drama televisyen. Kerjaya Bella berada di puncak apabila pada tahun 2017 dia dinobat sebagai Indonesia’s Highest Paid Actresses.

Dibayar RM262 Ribu Untuk 1 Filem

Laporan portal Indonesia turut mendedahkan aktres jelita ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM262 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2’!

Walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni lakonan namun kini Bella lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.

Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Antaranya perniagaan tudung dan produk muslimah ‘L by Laudya Cynthia Bella’, jualan kasut ‘Daily Darling’, produk makanan Bandung Makuta, perusahaan roti dan madu ‘Lhoney’.

Pendapatan yang diterima Bella juga tidak terhad sebagai pelakon, model dan usahawan. Malah, dia juga menjana pendapatan menerusi pelantikannya sebagai duta pelbagai produk dan menjadi co founder The Shalala Apps iaitu aplikasi digital tentang kecantikan, fesyen dan gaya hidup muslimah. Mewah betul rezeki Bella!

Berkongsi pengalaman sebagai usahawan busana muslimah dan tudung, Bella berkata dia mengikut jejak langkah bapa tersayang yang pernah berkhidmat dalam bidang pembuatan tekstil.

Laudya Cynthia Bella

Bersahabat baik dengan pelakon Nora Danish

“Awal dari yang tak kenal sekarang jadi lebih mengenal. Dari tak biasa dan sekarang terbiasa. MashaAllah kerana sekarang aku sudah merambah ke dunia fesyen. Akhirnya aku belajar banyak tentang bahan dan mesin-mesin yang membantu proses pembuatan L by Laudya Cynthia Bella.

Terima kasih papa. Dari kecil dikenalkan dengan bahan-bahan yang cantik. Kerana dulu papa kerja di salah satu perusahaan tekstil sekarang menurun ke anaknya. Hiburan aku ya main ke fabrik.”

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 8 September 2017 namun berpis4h pada bulan Julai 2020.

Sebelum ini, peminat berteka-teki mengenai status perkahwinan Bella dan Engku Emran apabila mereka dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram (IG) masing-masing.

Bella dilaporkan berkata, dia dan bekas suami berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, namun, gagal, lapor agensi.

“Sudah berbagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah. Rumah tangga kami hanya sampai di sini dan sudah segala proses kami lalui. Saat ini, semuanya sudah selesai,” kata Bella kepada Insertlive.

Biarpun pahit untuk menerima suratan takdir, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan ini reda.

“Dua tahun beliau menjadi suami, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.

“Insya-Allah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk menjadi wanita yang Insya-Allah boleh jauh lebih baik lagi,” katanya.

Kredit foto: Instagram Laudya Cynthia Bella