Kecoh Sebuah Pasaraya di Langkawi. Rupanya Orang Ramai Jumpa Raja Troll di Situ Dan Ini Yang Berlaku

Bekas perdana menteri meneruskan lagi pendekatan dalam mengeluarkan kenyataan di Facebooknya yang memberikannya gelaran Raja Troll.

Dalam troll terbarunya hari ini, Najib bertanya jabatan kerajaan apa yang perlu dirujuknya bagi mendapatkan kebenaran berswafoto (selfie).

” Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah.

” Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?” katanya.

Kenyataan Najib itu disertakan dengan dua gambar yang dipercayai diambil ketika kunjungan beliau di pasar malam di Langkawi.

Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung programnya di pulau peranginan berkenaan.

Lima laporan polis berkenaan dibuat oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terdahulu, pemimpin Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis berkenaan dibuat “menjaga ketenteraman awam” pulau peranginan berkenaan.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk laporan polis terhadap Najib yang “sekadar jalan-jalan di Langkawi dan lepak dengan kenalan”.

Gelaran Raja Troll diberikan Najib susulan pendekatan sindiran dan sinis seumpamanya dalam membuat kenyataan mengkritik atau membalas kritikan seteru politiknya, terutamanya pemimpin Pakatan Harapan.

Dalam sebuah video yang dimuat di akaun peribadi bekas perdana menteri itu, Najib dilihat dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Mungkin pertama kali melihat Najib yang tiba-tiba muncul di sebuah pasaraya mini di Langkawi, masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan ‘selfie’ dengannya.

Lihat video di bawah

Terdahulu Najib dipetik sebagai berkata;

” Buat “selfie” pun salah?,” tanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap
anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya susulan program di Langkawi, Kedah.

Malah, Najib sempat berpesan agar mereka bertenang kerana beliau sekadar ‘jalan-jalan’.

” Sampai ada beberapa orang perlu membuat laporan polis terhadap saya? Rilekslah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja,” katanya melalui status di lama Facebook.

Pada masa sama, beliau turut bertanya apa lagi larangan hendak dibuat ke atasnya selepas ini.

” Tahun lepas nak sekat saya main FB, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.
Apa lagi selepas ini?,” ujarnya.

sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.