Krew TV3 Menangis Saat Dengar Luahan Uncle Kentang Tentang Pengalamannya Membuka Pusat Asuhan Kanak-Kanak Percuma.

Siapa tidak kenal sifat peribadi Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan. Walaupun berlainan bangsa, sifat murni yang ditunjukkan sering mendapat perhatian ramai. Terbaru, Uncle Kuan sekali lagi dipuji netizen kerana membuka Pusat Asuhan Kanak-Kanak secara percuma buat orang ramai.

Dia turut berkongsi beberapa kisah sedih dari pengalamannya sendiri sehingga membuatkan Krew TV3 turut sebak.

Ibu sanggup tinggalkan anak kelaparan

KREW TV 3 TIBA TIBA MENANGIS…. KETIKA INTERBIU SAYA….

Saya lancarkan rumah Asuhan Kanak Kanak Percuma pertama di Puchong semalam bersama Gplex Charity Group. Saya terangkan betapa susah dan sukar nya ibu tunggal yang di tinggalkan jantan dayus dan di longgokkan bersama anak anak kecil.

Dimana kah kualiti hidup seorang yang di namakan wanita tatkala mereka tak boleh pergi kerja untuk mencari rezeki halal demi zuriat sendiri yang mereka kandung dalam perut selama 9 bulan dan tak ada ibu yang sanggup tinggalkan anak yang berkelaparan.

Br4 pun tak berganti

Mereka adalah mangsa keadaan. Nak keluar kerja siapa mau jaga anak kecil ini? Mau tak mau terpaksa mohon zakat, baitummal, JKM, dan panjangkan tangan walaupun malu untuk meminta bantuan dari orang ramai. Kalau check dalam badan, br4 mesti yang dah pakai bertahun-tahun, tak ganti, asal tak nampak pu ting jadilah.

Sedih kualiti hidup ibu tunggal yang kebanyakan hanya kelulusan SPM atau STPM dan nak cari kerja anak anak pulak siapa yang nak jaga. Allah Maha Kuasa dan Penyayang , berlinangan air mata reporter TV 3 ketika interbiu saya. Beliau tak tahan sebak mengenang nasib ibu tunggal atau single mom yang perlu bertungkus lumus untuk menjaga anak dalam keadaan yang sungguh sedih… kualiti hidup ibu tunggal ranap dan hancur berkecai kerana di tinggalkan, maka kita saya dan kamu.

Kita macai ibu tunggal

Berterima kasih kepada Gplex Charity Group , bukan macai ****,  kita macai ibu tunggal. Kita macai kepada anak anak kecil yang langsung tak tahu sengsara dan hidup. Kita tetap akan pulun dan tentukan nasib ibu tunggal dapat berubah, ketika kita sama sama menjaga anak anak mereka secara percuma sementara mereka bersemangat kembali dan boleh lah keluar cari kerja dan tak perlu bertahan malu mohon sini sana demi untuk sesuap nasi bagi anak anak kecil mereka.

Terima kasih TV 3 KERANA KAU MENANGIS SEBAK mendengar kepayahan ibu tunggal yang si lelaki kalau kau tak faham dan tak berhati perut,  tunggu lah di akhirat nanti pasti kamu akan di soal dan di tuntut segala hutang kamu di dunia, jangan kau menyesal tak sudah nanti.

Netizen puji

Sumber : Kuan Chee Heng

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.