“Lambaian Terakhir Seorang Anak Buat Ibu” Ramai Sebak Lihat Video Ini

Sejak dari semalam, kita dikejutkan permegian lima sahabat yang terlibat dalam kemaIangan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara. Luahan-luahan daripada ahli keluarga 5 mngsa telah berlegar-legar di media sosial.

Bukan itu sahaja, perkongsian daripada rakan-rakan arwah juga membuatkan ramai sebak kerana pemergian 5 sahabat baik yang juga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) cukup memilukan.

Tolong jaga sepupu. Kali ini, perkongsian daripada ibu saudara salah seorang mangsa, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 yang menggunakan nama akaun Siti Nurhamira Ruslan telah berkongsi hal baik yang dilakukan oleh anak buahnya.

Dalam perkongsian tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada allahyarham kerana sudi menjaga sepupunya yang masih kecil.

Dia juga turut berkongsi beberapa rakaman video yang diambil dari group keluarga ketika hari raya tempoh hari yang memperlihatkan arwah duduk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

https://www.tiktok.com/@mywaaruslan2802/video/7097017105236708635?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Lambaian buat ibu. Tak hanya itu, paling meruntun jiwa pastinya video dari ibu arwh yang dikongsikan ke dalam group sewaktu menghantar anaknya pulang ke kampus.

Dalam video itu, terlihat allahyarham Haikal melambai ke arah ibunya dan siapa sangka lambaian tersebut merupakan lambaian terakhir seorang anak kepada ibu tersayang.

@mywaaruslan2802

Lambaian terakhir seorang anak kepada ibu dan family. Video terakhir arwah yg diambil oleh mamanya yg dikongsikan dlm group anak menantu isnin lalu. Cik mira simpan semuanya kt sini yee. Anak baik. Pendiam. Al-fatihah. #terowongmenora #ipohperak #fyp #pelajarUSAS

♬ Saat Terakhir – ST12

Anak sulung harapan keluarga. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada warganet turut berasa sedih dan sebak walaupun tidak mengenali semua mngsa yang terlibat.

Rata-rata mengakui terkesan dengan pemergian 5 sahabat itu dan mendoakan agar r0h mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Sepatutnya pagi tadi Nabil ada presentation“

Salam takziah buat ahli keluarga

Lima anak soleh, semoga syurga buat mereka

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.