Lelaki tengah rakam video kritik Aeril Zafrel, sekali tuan badan muncul

Mendapat gelaran Raja Tiktok, Aeril Zafrel kini kembali dengan video-video aksi nya di aplikasi tiktok. Kali ini dia tampil membuat tutorial menggunakan produk kecantikan.

Tapi kali ini apa yang mencuri perhatian, gelagat seorang lelaki sedang merakam video reaksi menegur cara Aeril Zafrel, yang menurutnya adalah salah

“Assalamualaikum Abang Zafrel, Saya rasa salah cara abang tu, kalau tak yakin tak payah la buat video tu . Sebab saya rasa macam sama je gerakan mulut dia tu”

Belum sempat habis rakaman tersebut, tiba-tiba Aeril Zafrel mucul dan menarik lelaki tersebut keluar dari kereta

“Kau tengah cerita pasal aku kan” tegur Aeril Zafrel.

Rekasi netizan

“Ko nk Lawan Raja tiktok ke??”

“Hahhaha ni ceo of tiktok.. Jgn berani tegur”

@mamatgotnochill

Ye betul la tu dia buat @hijabistahub

♬ original sound – Mamatgotnochill – Mamatgotnochill

‘RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa’ – Aeril Zafrel

Dalam perkembangan lain, PELAKON Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal tidak menyangka impian mereka untuk mempunyai ibu pejabat atau wisma baharu syarikat Wawa Cosmetic akhirnya tercapai.

Paling mengagumkan, Wisma Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi itu dianggarkan bernilai RM5.2 juta.

Tambah manis, Aeril sendiri mengakui ibu pejabat itu merupakah ‘hadiah’ istimewa buat Wawa.

“Bangunan ini sendiri berharga RM3.2 juta kos renovation pula RM2 juta. Kos keseluruhan bernilai RM5.2 juta.

“Jadi RM5.2 juta harga nilai cinta saya pada Wawa,” ujar Aeril secara berseloroh.

Menurut Wawa, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang. – Foto Gempak

Sementara itu, menurut Wawa, ibu pejabat itu menjadi ‘saksi’ hasil titik peluh mereka yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan perniagaan terus maju dan berkembang.

“Tak sangka akhirnya kami berjaya dapatkan HQ ini walaupun banyak dugaan dan rintangan dulu.

“Masa mula-mula berniaga, orang ketawa, hina, anggap kami akan bercer4i berai.
“Awal-awal dulu kan, masa kami nak kahwin ada orang cakap kami akan hidup sususah.

“Akhirnya kami buktikan boleh berjaya. Kata-kata itu buat Wawa dan Aeril kuat.

“Wawa sangat berjaya dengan kejayaan ini dan tak percaya. Now pun sudah ada yayasan dan boleh buat Masjid pula lepas ni,” katanya.

Berikut Sedikit Info Mengenai Aeril Zafrel

1. Pemilik nama penuh Suhairil bin Sunari. Dikenali sebagai Aeril Zafrel.

2. Kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor pada 2 Disember 1988.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Berketinggian 174 sentimeter.

5. Merupakan pelakon dan model yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2006.

6. Bapa angkatnya, Allahyarham Khairil Khamis merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya dalam dunia hiburan. Khairil bagaimanapun meninggal dunia pada 2010.

7. Mencipta nama menerusi drama Kisah Kaisara, Cinta Jannah, Cerita Cinta Kita, Hidayahmu Ramadhan dan Patahnya Sebelah Sayap.

8. Antara lain, beliau pernah membintangi drama K.I.T.A., KL Rock N Roll, Janji Shirah, Akulah Balqis, Nahu Rindu, My Sweet Lavender, Mandatori, Zahir Tak Terucap, Cinta Fatamorgana, Menggapai Awan, Jibril, Mencari Qiblat, Cinta Tanpa Henti dan Cari Aku Di Syurga.

9. Juga telefilem Tok Bah, Perempuan Neraka, Kenapa Aku Binti Abdullah, Sungai Lui, Cinta Mat Semperit, Cikgu Bidan, Cik Puan Sinderella, Dia Imamku, Buku Cinta Abah, Biarkan Cinta Tersenyum Lagi, Nota Silam, Kita Bukan Anjing, Negaraku 16 September, Sekolah Api, Genesis dan banyak lagi.

10. Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Budak Pailang, 99 Kali Rindu, CCTV, Saga Berterusan, #ER3 Ertiga dan 7ujuh. Akan datang bakal terbit dalam filem KL Vampires, Musyrik, 300 Nautika dan Omerta.

11. Diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela di Anugerah Telenovela 2018. Manakala drama lakonannya, Hidayahmu Ramadan merangkul Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2015.

12. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013, diserikan kehadiran dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.