Lepas Viral Kereta Gadis Kena ‘B0g3l’, Mekanik Terus Hantar Mesej

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang gadis dipercayai telah ditipu oleh seorang mekanik yang pernah berurusan dengannya. Difahamkan, kereta tersebut telah dihantar bagi tujuan untuk dibaiki dan diubah suai mengikut spesifikasi yang diinginkan olehnya.

Video tersebut bagaimanapun, meraih simpati daripada wargamaya yang kasihan dengan nasib yang menimpa gadis ini.

Tiba-tiba dapat pesanan

Terbaru, gadis ini menerusi video di laman TikTok, tampil berkongsi tangkap layar perbualan bersama mekanik yang bertanggungjawab membaiki keretanya. Ujar gadis ini, dia ‘terkejut’ susulan mendapat mesej daripada lelaki berkenaan sedangkan, mekanik tersebut pada mulanya dikatakan seolah-olah melarikan diri.

Semalam video viral, tetiba pagi ini mekanik dia WhatsApp pula. Padahal semalam, masa pergi bengkel dia call tak angkat, WhatsApp pun tak balas ha. Tiba-tiba WhatsApp.

Menerusi mesej yang dihantar, mekanik tersebut menjelaskan gadis ini boleh mengambil kereta pada hari Ahad, dan turut menjelaskan mengenai keadaan kereta tempoh hari.

Salam Ain, hari Ahad ni dah boleh ambil kereta. Confirm siap Sabtu. Naik enjin je lagi.

Hari Sabtu dan siap cat pasang. Enjin hari itu belum pasang sebab ada perubahan. Tak jadi pasang turbo kan.. Ok…kalau siap Sabtu ambil hari Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai sempat memberikan cadangan kepada gadis ini supaya membuat laporan kepada pihak berwajib.

Video penuh:

Buat laporan!

Janji tinggal janji

Bercerita lebih lanjut, mekanik itu juga sempat menjelaskan kepada dia (gadis) biar kereta tersebut lambat asalkan hasilnya memuaskan hati dan bukannya kerja cincai.

Ya Allah mengigil tangan tahan marah, sedih tengok kereta macam ini. Banyak kali call, banyak alasan dibagi. Hari ini nekad terjah bengkel dia. Luluhnya hati aku. Sedih lagi banyak daripada marah. Banyak kenangan dengan kereta ini.

Jadi, hari ini saya nekad ajak kawan saya perempuan dua orang pergi tengok bengkel dia. Tapi, dekat depan tu ada 4-6 biji kereta yang terbengkalai dekat depan tu. Saya punya kereta je dia tutup dengan canvas yang warna biru tu.

Namun, sehingga kini tidak ada maklum balas yang diberikan oleh mekanik yang bertanggungjawab kepada keretanya.

Video penuh:

Sumber: Ain_Jeman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih