“Ni Mummy Saya…Ni Daddy Saya” – Reaksi Spontan Maryam Bersama Mak Tiri Blh Buat Mawar Terkedu

Sejak diijab kabulkan pada 21 Oktober lalu, Fizo Omar dan Fazeera Nazri Aziz sering menjadi sorotan ramai peminat.

Lebih indah, apabila perkahwinan dengan bekas pramugari tersebut mendapat ‘lampu hijau’ daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol.

Terdahulu Fizo Omar mengenali isterinya itu dalam tempoh PKP, sebelum ambil keputusan untuk menikahinya.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan peminat adalah kemesraan yang ditampilkan oleh Wan Maryam terhadap ibu tirinya.

Meskipun cuma mengenali Fazeera dalam tempoh singkat iaitu setahun seperti ayahnya juga, tetapi kedua-duanya cukup rapat apabila bersama

Terbaru menerusi IG Story miliknya, Fizo Omar memuat naik sebuah video memaparkan detik bersama isteri dan anaknya ketika bertandang ke sebuah restoran.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Maryam dilihat sangat teruja memperkenalkan daddy dan mummy sambil memegang tangan masing-masing.

Reaksi wajah Fazeera waktu itu juga cukup menggambarkan bahawa dirinya mesra dengan si cilik tersebut.

Video.

@ceritaartismalaysia

Reply to @zakariayaya0 ni mummy saya, ni daddy saya ❤️ #fizofazeera

♬ original sound – Cerita Artis Malaysia – Cerita Artis Malaysia

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat Maryam senang hati di samping ibu tirinya.

Selain memuji Fazeera susulan mempunyai karakter mak penyayang, mereka turut berpendapat bahawa kegembiraan dirasai Cik Yam sangat asli gara-gara budak seumurnya jarang sekali menipu.

Kepada Bakal Ibu Baru Maryam, Ini Pesan Mawar: “Jangan Panggil Mummy Atau Mama

Bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung, Mawar Abdul Karim pernah memuat naik satu status di Insta Story miliknya dan telah menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question, Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua: “Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.

Menjawab pertanyaan tersebut, Mawar berkata dia pasti berasa gembira sekiranya bekas suaminya bertemu jodoh baharu. Akui serba kekurangan, Mawar, 32, mendoakan agar Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.

“Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

“Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang. Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

Bagaimanapun, mereka bercer4i pada Julai 2019.