“Oyen Tak Gentar”. Kena Kejar Anjing Masa Bawa Kucing Bersiar Naik Motor.

Memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan menjadi antara sebab mengapa sesetengah dari kita cukup suka dengan spesis ini. Apatah lagi ia sangat comel dengan bulu halus yang lebat serta perangai manjanya.

Kadang-kadang memelihara haiwan ini dapat memberikan kehidupan rasa terisi dengan telatah comel kucing tersebut. Malah dalam satu video yang tular baru-baru ini juga menunjukkan seekor kucing dengan bulu berwarna oren yang comel.

Dalam rakaman itu, kucing yang diberi nama Muhamad Oyen oleh tuannya ini sedang bermanja. Kedengaan suara seorang lelaki bercerita mengenai kucingnya itu. Katanya kucing tersebut sudah tinggal bersama jirannya dan pada hari itu dia mahu membawa haiwan tersebut bersiar-siar.

Nampaknya kucing itu duduk di tempat duduk belakang sambil membonceng motosikal tuannya. Namun tiba-tiba datang beberapa ekor anj1ng mengejar mereka yang sedang menaiki motosikal tersebut. Berikut adalah rakaman kena kejar anj1ng masa bawa kucing bersiar naik motor ini:

@amrmhd31

ada yg mintak jadi kita kasi . HAHA last sekali aku yg kejar anjing tu . Takde adap punya anjing . @ryanaraii

♬ as the world caves in – what.

Perkongsian video kena kejar anj1ng oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @amrmhd31 ini telah meraih lebih 27 ribu tontonan dan 2,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Selamat oyen tak terjun pastu bantai anj1ng tu”

“Aku rasa Oyen ada buat hal ngan anj1ng tu kot”

“Bang anjing tu nak bermain la. Tengok muka pun dah tau tu”

“Muhamad oyen.. Sedap nama dia”

Sumber : HCL amrmhd31

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!