Pemilik ‘garu kepala’, keluarga pengantin tabur tar jalan tanpa kebenaran.

Kau menyewa je bukan beli tempat tu. Bila ditanya ini jawab penyewa.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah keluarga pengantin menabur tar jalan di halaman sebuah rumah yang disewa mereka untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan tanpa kebenaran pemilik telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Instagram, Hayatbun, dia memuat naik gambar memaparkan keadaan halaman berumput rumah berkenaan telah dipenuhi tar jalan.

“Daripada cantik rumput, jadi macam ini dan tak sangka wujud manusia tiada otak macam ini,” tulisnya.

Hantarannya itu telah menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna Twitter sejak semalam.

Katanya, ketika membuat tinjauan lokasi, halaman tersebut dilihat cantik dengan dipenuhi rumput-rumput hijau, namun keadaan menjadi berbeza apabila tiba hari kejadian.

“Saya pun kahwin dekat tempat ini, masa buat tinjauan lokasi, nampak cantik dan memang masih ada rumpu-rumput, tapi masa hari majlis, dah ada tar jalan, saya ingat pemilik yang buat, rupanya kerja pelanggan sendiri,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan pelanggan tersebut.

“Kalau aku pemilik itu, memang aku suruh buat jadi macam asal balik dan tambah saman sekali sebab rosakkan harta aku,” ciap Ijat.

“Kalau nak lokasi majlis jalan tar, buat atas padang kawad, dah sewa kawasan orang, jangan gatal tangan nak ubah itu ini, perangai macam ini pun wujud,” ujar Qilman. – KOSMO! ONLINE

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!