Peminat Mula Ucap Tahniah, Seronok Tgk Amelina Naik Pelamin. Sekali Amelina Dedah Cerita Sebenar

GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.

Menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’, Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.

Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu.

“Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru. Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina,” antara respon dan reaksi netizen.

Untuk Drama 

Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi mStar memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama.

“Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral.

“Kalau betul kahwin saya akan buat grand… tak ada la pelamin macam itu,” katanya.

Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.

Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih trauma dengan kegagalan rumah tangga dahulu.

Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

“Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya.

Amelina disangka sudah menamatkan zaman janda dengan seorang lelaki.

Amelina tidak menolak jodoh sekiranya ada pasangan yang tepat.

“Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit!

“Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara. Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.

Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16; Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.

Saya ditinggal sehelai-sepinggang – Amelina

Selepas hampir lima tahun merahsiakan status diri, penyanyi, Amelina mengaku sudah bercerai dengan suami, Reduan Mahamood, sejak 29 Jun 2016.

Membuat pengakuan di Instagram (IG), Amelina yang selesa membahasakan dirinya Kak Long, memberitahu, tindakan membuka kisah peribadi bukan bertujuan meraih simpati.

Sebaliknya, kata Amelina, perkara itu dikongsi untuk masyarakat melakukan muhasabah diri serta mengingati bahawa setiap orang, tidak kira artis atau siapa sahaja, menghadapi cabaran hidup.

“Apatah lagi, ketika ini, kita sedang melalui tempoh mencabar akibat penularan COVID-19… Semua golongan mengalami tekanan.

“Seperti saya, lagilah terasa dengan tiada pendapatan tetap apabila banyak persembahan dibatalkan. Tetapi saya percaya, rezeki tidak salah alamat,” katanya kepada BH Online.

Mengajak masyarakat bermuhasabah, Amelina mahu netizen tahu artis juga melalui kesusahan hidup dengan semua orang ada masalah sendiri.

“Amelina adalah penyanyi di atas pentas. Tetapi sebagai Norazlina (nama sebenar), saya adalah ibu tunggal yang merasai cabaran hidup. Tetapi kalau kita bersabar, tabah dan sentiasa positif, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Amelina mengaku sah bercerai pada 29 Jun 2016. Dalam foto, Amelina bersama peguam syariah yang mewakili kes perceraiannya, Rizz. Foto IG Amelina

Entri mengesahkan status dirinya sebagai ibu tunggal dimuat naik Amelina bersama video pendek dipercayai dirakam di Mahkamah Syariah, yang menampilkan peguam syariah yang mewakilinya, Rizz Iskandar.

Amelina bersyukur menggunakan khidmat peguambela yang memudahkan urusan perceraian. Penyanyi Asyik ini juga berterima kasih kepada Liza iaitu isteri penyanyi dan komposer, Ajai, yang banyak membantu sepanjang proses itu.

“Ramai tidak tahu bila saya bercerai. Memang saya meminta pada peguam untuk tidak menghebahkan berita ini. Alhamdulillah, peguam saya sangat membantu. Pejam celik, kes cerai saya sudah selesai. Saya tidak sangka secepat itu, mungkin disebabkan doa saya sebagai insan teraniaya.

“Iyalah, perceraian bukanlah suatu perkongsian yang menggembirakan. Berita ini boleh membuatkan kita sedih, apatah lagi apabila ibu tunggal dipandang rendah,” katanya yang memiliki enam anak.

Amelina berkongsi, lima tahun yang diharungi sebagai ibu tunggal bukanlah mudah. Dalam mengatur perbelanjaan keluarga, Amelina mengamalkan budaya berjimat cermat.

“Tipulah kalau saya tak bersedih dengan keadaan saya. Jujurnya selepas bercerai, saya rasa dugaan hidup saya amat berat apabila kembali kepada ‘sifar’.

“Saya bercerai tanpa ada harta, sehelai sepinggang dengan anak-anak semua di bawah jagaan saya. Ketika itu, semuanya masih bersekolah.

“Apa yang paling saya risau adalah anak-anak. Bolehkah saya menyara anak-anak dalam usia saya yang lanjut ini. Dahulu, 20 tahun lalu, iyalah saya kaya-raya. Tetapi selepas 15 tahun menyepi daripada dunia seni, saya tiada satu sen pun.

“Tapi, Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui. Dengan doa yang tidak putus saya panjatkan kepada Allah, semuanya dipermudahkan dan rezeki kami sentiasa ada.

“Malah, kesulitan yang bekas suami saya tinggalkan seperti kes bankrap juga sudah selesai,” katanya.

Amelina berkahwin dengan Reduan pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016.

Sumber: trendingsangat.pw