“Baby Syifaa dijerut bukan terjerut” Pendedahan Ibu Bapa Baby Syifaa Sgt Mengejutkan

Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari.

Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.

Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

         

Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.

Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.

Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bvnuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?

Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Justeru…

Siasat semula kes kematian Baby Syifaa, Polis perlu siasat kedua-dua Pengasuh, kedua-dua suami selain seorang lagi adik perempuan kepada Pengasuh yang kononnya tidak bertugas sepanjang bulan Februari.

Jika aku boleh fight untuk orang lain, mustahil untuk aku berdiam diri dalam kes yang membabitkan anak aku sendiri.

Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bvnuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa.

Siasat semua orang yang ada akses untuk memasuki Taska pada hari kejadian. Jika Polis tak mampu untuk siasat kes Baby Syifaa betul-betul serta AGC segan untuk membuat pendakwaan kes.

Sila beritahu aku!

Sebab aku ada cara sendiri untuk mendapatkan hak dan keadilan di atas kematian Nour Rania Asyifaa Bt. Yuseri.

Dalam seminggu ini saya ada meluahkan rasa terkilan sebab keluarga Pengasuh Baby Syifaa langsung tidak bertemu saya pada hari Baby Syifaa meninggal dunia.

Setidaknya datang bersalaman kerana tiada sedikit pun dendam kami kepada Pengasuh Baby Syifaa.

Kami telah memaafkan tapi tidak melupakan pemergian Baby Syifaa dalam keadaan tragis.

Namun, suka atau tidak Pengasuh Baby Syifaa perlu melalui proses perundangan. Ini yang saya katakan kepada isteri saya.

Kelmarin isteri saya maklum suami Pengasuh ada hantar barangan Baby Syifaa malah turut terselit nota keluarga untuk saya dan isteri.

Ya, saya tahu Pengasuh sayangkan anak-anak saya dan saya tahu Pengasuh tidak tenang sejak pemergian Baby Syifaa.

Selepas baca nota ini, naluri sebagai bapa Baby Syifaa semakin kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.

Pengasuh menyesali dan berasa kejadian itu tidak sepatutnya dilakukan atau berlaku. Apa yang berlaku hanya Baby Syifaa, Pengasuh dan Allah SWT sahaja yang tahu.

Selain Pengasuh, IO dalam kes Baby Syifaa turut menghantar mesej melalui isteri saya di mana beliau menyatakan “pasti ada keadilan buat Baby Syifaa”.

Saya tahu IO, melakukan yang terbaik sepanjang sesi penyiasatan dan menyediakan Kertas Siasatan. Beliau banyak memberi kata semangat pada hari kejadian.

Ketika ini fail kes Baby Syifaa berada dalam simpanan AGC Putrajaya. Justeru, timbul satu persoalan, apahal lembab nak mampos AGC untuk membuat pendakwaan?

Dan kenapa special kes Baby Syifaa bagi AGC Putrajaya? Jadi, Idris Harun selaku Peguam Negara mungkin boleh komen sikit.

Hutang budi dibalas budi, hutang darah..?

Tuan-Puan, saya amat tidak selesa berkongsi gambar ini. Namun saya tiada pilihan kerana pemergian Baby Syifaa perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Maafkan Daddy Adik..

Justice Delayed is Justice Denied!

Kredit to Yuseri Yusoff