“Pergi Haji Pagi, Balik Petang Ni” – Netlzen Terkejvt Tengok Harga Nasi Campur Sekali Ada k0men Buka Cerita Sebenar

Keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini diakui memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna malah kepada peniaga itu sendiri.

Dengan harga barang ketika ini semakin tinggi memaksa peniaga untuk menjual makanan di restoran dengan harga yang agak tidak berpatutan atau mahal.

Seperti video vlral di TlkTok ini, orang ramai seolah-olah tidak percaya melihat harga sepinggan nasi campur mencecah sehingga RM23 dan yang lebih mengejutkan, sepinggan nasi putih, seekor ikan keli dan sayur sawi dikenakan bayaran sehingga RM11.50.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mengcam harga nasi campur yang dianggap terlalu mahal dan dalam pada masa yang sama, mereka turut membandingkan hidangan yang sama dengan restoran lain dimana harga jauh lebih murah.

Ada juga segelintir netizen yang mendkwa restoran itu memang sedikit mahal. Bagi pelajar yang perlu berjimat cermat, memang tak sesuailah masuk ke situ kan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Pemilik restoran beri penjelasan Siakap RM1,196.80

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan menularkan harga ikan siakap di restorannya yang didakwa terlampau mahal.

Beliau turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menyebarkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga dikenakan pada hari kejadian.

“Saya betul-betul tak sangka sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak. Ketika ambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan itu besar, sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park, di sini semalam.

Menafikan sekeras-kerasnya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik COVID-19, Norasyikin berkata, beliau dan pekerjanya tidak pernah berbuat demikian sepanjang lapan tahun mengusahakan restoran itu.

“Ketika ambil pesanan, pelanggan akan diberitahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas. Dalam kes yang tular itu, selepas selesai makan, kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang pun berjumpa saya untuk bertanya mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran pun, mereka tidak cakap apa-apa mengenai harga dikenakan ke atas ikan siakap dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu. Sebenarnya, ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran,” katanya.

Sejak kelmarin, tular resit dimuat naik di laman sosial oleh pelancong ke Langkawi yang dikenakan harga RM1,196.80 untuk hidangan makan tengah hari ikan siakap seberat 7.48 kilogram di sebuah restoran terapung di pulau peranginan berkenaan.

Berdasarkan perincian pada resit berkenaan, jumlah keseluruhan bil, termasuk makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50.

Sementara itu, empat penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut melakukan siasatan di restoran itu, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.

Sumber : Bharian