Puteri UMNO rupanya Sherry Al hadad.

Penyokong PH Desak TV3 Mohon Maaf, Gara-Gara Ungkapan “Malu Apa Bossku”

KUALA LUMPUR – Ungkapan “Malu Apa Bossku” yang diungkapkan pengacara Sherryl Al Hadad ketika siaran langsung Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) malam tadi telah mengundang kebimbangan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Menerusi status di laman Facebook, penyokong PH yang dikenali sebagai Shamsul Omar meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) bertindak tegas dengan mendesak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan pengacara itu.

“Mohon pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mendesak TV3 untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia Baru dan rakyat Malaysia serta membuat censor bagi kenyataan “malu apa bossku” dan “salam 1malaysia” yang disebut ketika siaran langsung AJL33 baru tadi untuk siaran ulangan dan arkib,” katanya.

Menurut penyokong PH itu, tindakan tegas itu penting bagi mengekang pengaruh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari terus berkembang di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita perlu lebih tegas dalam menangani pengaruh negatif yang dibawa bekas PM yang semakin melampau mempengaruhi rakyat menerusi media sosial,” ujarnya lagi.

Gesaan Shamsul itu kemudian viral di media sosial dan mengundang pelbagai kecaman netizen yang menyifatkan penyokong PH semakin fobia dengan aura dan pengaruh Najib.

Sebutan “Malu Apa Bossku” mula trending baru-baru ini selepas penularan video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda sedang merakam video bersama Najib yang kemudiannya menyebut ‘boss kita’ dan disambut Najib dengan ungkapan ‘Malu Apa Bossku’.

Ungkapan itu kemudian menjadi ikutan netizen dalam percakapan di media sosial sehingga turut dicetak pada baju T dan pelekat.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi status di laman Facebooknya malam tadi Najib turut membuat komen ringkas dan santai berkenaan AJL.

“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya, merujuk kepada kenyataan Sherryl Al-Hadad yang menyebut ungkapan tersebut. – SuaraTV.

PENYOKONG PH BONGKAR SHERRY AL-HADAD

berang hastag Malu Ape Bossku bergema di AJL netizen korek semula dan cari siapa sebenarnya Sherry Al-Hadad.

Anina Saadudin berharap TV 3 dan kerajaan PH jangan ambil tindakan bodoh

Saya harap industri hiburan dan penyiaran di Malaysia tidak di gari tangan nya oleh kuasa politik. Setiap individu rakyat Malaysia berhak untuk miliki pandangan politik masing-masing malah kita juga tidak boleh melihat semua perkara itu untuk di lihat dalam perspektif politik semata-mata.

Semalam contohnya, apabila pengacara majlis Sherry AlHadad menggunakan tagline #MaluApaBossku, itu adalah atas kapasitinya sebagai individu dan penggiat dunia penyiaran yang mana beliau juga bebas untuk memiliki pandangan peribadinya sendiri. Jangan diikat jiwa mana-mana individu

sumber:dailynews 24h

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.