Ramai Sebak Lihat Rlak Wajah Shulb Masa Majlis Ckur Rambut Dan Tahnlk Ayash Affan

Petaling Jaya – Sebelum ini pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang mening.gal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

Shuib turut mengimbau perbualan dengan a.rwah isteri yang berulang kali meminta menjaga anak keempat apabila dilahirkan, tanpa mengetahui petanda a.rwah isteri akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

“Alhamdulillah, hari ini jumpa Ayash. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali. Baby keempat ini u jaga tau. U jaga tau, u jaga ok.

“Insya-Allah sayang, i akan jaga dia macam mana jaga u. Sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan u, dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma i mohon u doakan.

“Perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I love u sayang,” tulisnya.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur a.kibat C0vid 19.

Allahyarham menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Majlis Cukur, Aqiqah Ayash Affan Dan Tahlil Hari Ke 100 Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin

Menerusi perkongsian terbaru di IG, hari ini merupakan majlis buat ayash affan serta tahlil hari ke 100 buat Allahyarham Siti Sarah.
Reaksi Orang Ramai
Moga ayash affan.sehat hendak nya dn menjadi ank yg soleh.berjaya dunia akhirat. Shuib kuat dn tabah. Demi anak2.

Alhamdulillah. Semoga Ayash membesar sihat dn dipermudahkm segala urusan…Aamiin.

Terus rasa sebak bergelinangan air mata. terbayang a.rwah siti sarah. Ya Allah kuatkan hati keluarga ini dan jdkan la anak2 mereka anak yg memudahkan urusan ayahnya.

Sedih nye ya allah..semoga baby ayash membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh.

Kenapa aku lak rasa nak menangis tgok syuib pegang ayash, Allahuakbar sebaknya.. Nampak kesedihan dimuka Shuib.

Muka ib sedih..mungkin terkenang kan a.rwah klu lah ada menyaksikan..allahu.

Kredit : MH/IG/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.