Ramai Yg Tidak Tahu Sebenarnya Suami Heliza Helmi Pernah Jadi Viral Dulu. Sebab Kenapa Datuk Ini Viral Didedahkan

MEMASUKI tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

“Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan. Esok kita jumpa ya,” tulisnya di Instagram.

Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Lanai Asmara, IOI Resort City, Putrajaya.

Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.

“Alhamdulillah… tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz.

Heliza dan Mahadi dinikahkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

“MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

“Secocok dan seperjuangan… tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi,” kata beberapa netizen.

Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

SUAMI HELIZA PERNAH VIRAL DENGAN KERETA YANG PENUH DENGAN MAINAN HOTWHEELS

Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.

Biasanya, foto kereta dihiasi kereta mainan ‘Hot Wheel’ hanya dapat dilihat pada kertas dinding, tetapi Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berjaya menampilkannya dalam bentuk realiti.

Menggunakan kereta pertama beliau jenis Jaguar, ahli perniagaan itu melekatkan lebih 4,600 kereta mainan berkenaan pada seluruh kereta yang beliau beli 12 tahun lepas itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Financial Genius Group (FGG) Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bersama 4,600 unit kereta mainan 'Hot Wheels' yang ditampal pada kereta Jaguar S-Type miliknya. — Foto Bernama

Kereta yang beliau hias secara penuh kreativiti itu menarik perhatian banyak orang dan sesetengahnya merakamkan foto atau beraksi dalam swafoto di pelbagai tempat apabila mereka berpeluang melihat kereta berkenaan, termasuk ketika beliau meletakkannya di kompleks beli-belah.

“Saya gembira apabila orang lain gembira. Ada yang cuba menyuruh saya berhenti ketika memandu di jalan raya. Setakat ini, tidak banyak kereta mainan berkenaan yang hilang. Sudah tentulah saya perlu letak kereta saya di tempat lebih selamat apabila keluar,” katanya.

Kerja menghiasi kereta itu mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk siap dengan perbelanjaan RM20,000 dan kereta mainan berkenaan dilekatkan menggunakan gam kaca khas.

Sumber : MSTAR ONLINE / PROJEKMM