Rupanya Isteri Haqiem Rusli Pernah Viral Sebelum Ini. Patut la macam pernah tengok

Baru sahaja semalam Haqiem Rusli telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis berusia 19 tahun dari kelantan tetapi telah menetap beberapa tahun di ibu kota.

Gadis yang dikenali sejak 2 tahun lepas itu merupakan rakan kongsi beliau dalam sebuah perniagaan makanan iaitu restoran milik Haqiem Rusli.

Haqiem Rusli Selamat diijabkabulkan bersama gadis yang dikenali dengan nama Anis Sofea itu dengan Mas Kahwin berjumlah RM300 dengan Wang Hantaran sebanyak RM100,000.

Sejak ianya diwar2kan pada sabtu lalu, peminat telah mencari2 siapakah bakal menjadi isteri penyanyi terkenal itu ternyata membuahkan hasil.

Gadis tersebut sebenarnya pernah tular di laman sosial beberapa tahun lepas apabila telah memuatnaik sebuah video beliau sedang bermain satu permainan minda dengan kawan2nya.

Gara2 video tersebut, isteri kepada haqiem rusli itu telah menjadi tular dan dikatakan sangat persis dengan Hanis Zalikha.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KongsiViral l Review RM10 ㅤ (@kongsi.viral)

Walaupun begitu, anis sofia mencipta populariti tersendiri sekarang apabila menjadi isteri kepada penyanyi terkenal itu.

Kerana seperti yang kita semua maklum, haqiem rusli seorang penyanyi muda yang memang bersih dari sebarang kontroversi yang tidak baik dan sangat menjaga nama baik beliau dari sebarang kontroversi yang tidak baik.

Sebenarnya jika diamati betul2 memang wajah isteri kepada haqiem rusli ini memang sangat persis dengan Hanis Zalikha.

Sama2 cantik dan sama2 mempunyai kecantikan yang memukau sesiapa yang melihatnya. Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan diucapkan Selamat Pengantin baru kepada Haqiem Rusli dan Anis Sofea.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Betul Betul Wedding Of The Year Ni. Terkejut RM7 Juta Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli.

Laksana bulan dengan matahari… Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka. Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah Rm100,000 dan selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas lima. Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta. Sumber : mStar

Tampil Dedah Wajah Bakal Isteri Dan Bakal Langsungkan Majlis Pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly Jawab Isu Nikah Gadis Umur 19 Tahun.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya pada 19 November (Jumaat) ini.

Bakal bernikah pada 19 November

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli bakal melangsungkan pernikahannya pada petang dan pada sebelah malam pula akan diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan untuk keluarga serta beberapa rakan artis sahaja. Saya akan bernikah pada 19 November. Saya akan buat nikah petang tu dan malam kita akan buat resepsi secara kecil-kecilan. Saya hanya buat jemputan untuk keluarga dan rakan artis pun tak banyak yang boleh datang.

Setelah dua tahun bersulam cinta, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyatakan bahawa dia ingin menjaga privasi hubungannya. Lebih menarik lagi apabila wanita yang berjaya memikat hati Haqiem adalah rakan kongsi dan bukan seorang artis. Saya jenis menjaga privasi sebab dahulunya saya bukan seorang yang menjaga privasi dan itu memakan diri saya.

Dia seorang rakan bisnes saya. Kami berjumpa dalam bisnes dia bukan seorang artis dan kenal-kenal dari situ lah. Dia sangat sempoi. Pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya. Untuk menemani saya, hidup dengan saya selama-lamanya. Saya sangat happy. Kedatangan dia dalam hidup saya banyak mengubah saya.