Saya nangis puas2 dalam kereta, saya call mak dan pura2 macam tiada apa2 tp ak tewas juga

Tadi suami aku suruh tidur kan anak tetapi aku kata aku lapar. Aku ajak lunch dulu sebab aku tak sempat breakfast pun.

Lagipun aku dah siap masak, anak aku pun tadi dah tidur dalam kereta masa keluar beli barang.

Suami aku mengamuk, dia ambil anak bawa masuk bilik. Anak aku menangis kena paksa tidur. Baby baru 6 bulan tengah seronok nak merangkak explore rumah.

Aku tak sampai hati dengar. Aku pun mengalah biar lah aku yang tidur kan anak, aku suruh dia pergi makan dulu. Dia tolak aku halau aku suruh aku keluar dari bilik tu. Sedih nya.

Aku dah cuba jadi isteri yang sempurna tetapi tak pernah cukup di mata dia. Bila aku masak selalu komen itu tak kena ini tak kena. Kadang makan sikit saja, lepas tu angkat pinggan bawa ke sinki.

Aku penat urus kan rumah urus kan anak. Suami aku bukan tak tolong tapi ada masa tertentu saja. Ikut mood dia.

Makan tak pernah basuh pinggan, dekat mana dia minum cawan dekat situ lah dia tinggal tak berkutip.

Kalau buka plastik makanan atas sofa, sampai hari seterus nya lah dekat situ. Tak berkutip sampai aku yang kemas kan.

Aku penat. Urus rumah seorang diri. Terkejar masak, terkejar anak. Suami aku main game berjam jam lama tapi akhir nya aku juga lah yang akan dihamun itu tak kena ini tak kena.

Beberapa hari lepas hari jadi suami aku, aku nak beli kan kek surprise tapi aku tanya dulu sebab aku takut kena marah (suami aku suka marah aku).

Dia marah juga. Dia kata tak payah membazir, kek tu bukan dia yang nak makan tapi aku yang nak.

Sedih nya aku dengar. Aku betul betul ikhlas nak bahagia kan dia. Aku beli kan hadiah dari shopee tapi aku tanya dulu sebab takut dia marah. Dia pilih hadiah sendiri aku lega dia tak marah.

Aku kadang kadang tertanya kenapa aku pilih suami aku. Daripada mula kahwin sampai sekarang aku korbankan semua. Beban hutang bulanan kami hampir 80% semua atas duit aku.

Aku tak pernah berkira, aku cuba sama sama ringan kan beban tapi aku jarang dihargai. Tak ada ucapan terima kasih.

Bila aku mengadu penat dia akan condemn aku semula. Kata nya aku kerja separuh hari, anak baru seorang. Dia kerja bawah panas terik, kerja sampai lewat petang. Aku terdiam.

Aku berpindah ikut dia tinggal kan kehidupan yang selesa di sisi keluarga di kampung. Tinggal kan tempat kerja yang sangat best ke bandar yang sesak, yang memakan banyak belanja.

Tetapi tetap juga aku tak dihargai. Tak pernah sekali pun dia minta maaf di atas pengorbanan aku. Tak pernah sekali pun dia ucap kan terima kasih.

Bila aku ungkit dan merungut dia akan kata sepatut nya aku tak kahwin dengan dia dulu. Ego nya tinggi melangit. Aku jadi sakit.

Aku tak pernah diberi nafkah malah semua duit gaji aku habis kan untuk menampung keperluan kami. Belanja kahwin juga hampir semua nya aku tanggung sendiri.

Aku ikat perut. Beli cincin emas sendiri. Beli hantaran sendiri. Segala galanya sendiri. Wang hantaran pun keluarga aku tidak minta.

Tetapi atas ihsan bapa mertua ku, aku diberi 5k yang semua nya aku beri ibu dan ayah untuk belanja katering.

Kadang lepas solat aku tanya pada Allah kenapa Allah jodoh kan aku dengan suami ku? Kenapa jalan takdir ku begini?

Sebelum kahwin aku berazam untuk bergantung hidup dengan lelaki yang serba boleh seperti abah dan abang sulungku.

Abah urus kan semua hal rumah tangga termasuk hal hal seperti income tax itu ini. Abang sulung aku juga seperti abah, sangat boleh diharap, kami adik beradik masih sentiasa minta pendapat dia jika ingin lakukan sesuatu.

Tetapi rupanya selepas aku kahwin aku jadi sangat berdikari. Semua nya suami aku akan suruh uruskan seperti renew road tax, renew insuran dan sebagai nya.

Selepas kami accident, aku juga yang bertungkus lumus email pihak insuran untuk claim loss of use. Aku urus kan hal taska anak. Aku urus kan itu, urus kan ini.

Pernah masa aku declare income tax aku tanya pada rakan sekerja aku, macam mana dia buat ni sebab masa tu aku newbie tak reti nak isi borang online tu.

Jawapan kawan aku sangat menusuk jiwa. Saya tak tahu sebab selama ni suami saya yang urus kan.

Aku terpaksa jadi pandai, aku terpaksa ambil tahu banyak benda demi memudahkan hidup kami.

Suami aku pernah beli kan iphone guna telco digi dia tetapi aku yang bayar bulan bulan. Itu saja lah hadiah dari suamiku untuk aku.

Belanja anak sejak dia lahir sehingga ke hari ini hampir 80% juga semua atas duit aku. Semasa kami pindah aku habis kan semua duit saving demi mencukup kan keperluan dalam rumah.

Sedih ye. Aku tak pernah tersedar semua ini sehingga aku dimarah lagi dengan suami aku harini.

Lauk yang aku masak tidak diusik. Dia rela makan megi. Dia rela tidur di luar hempas pintu bilik bila nampak aku seolah olah aku ini musuh yang paling dia benci sedangkan tadi dia main game dengan kawan bicara nya lembut.

Aku tak pernah tahu sakit nya jadi isteri sampai begini pedih nya. Terlalu sakit. Aku tertekan. Aku nak balik kampung tetapi aku tiada alasan kukuh.

Aku menangis di dalam kereta seorang diri petang tadi. Aku call mak, aku cuba untuk kuat berpura pura kuat tetapi akhirnya aku menangis sekuat hati.

Suami aku tak peduli ke mana aku pergi. Tiada panggilan telefon tiada apa. Kalau aku dilanggar mti pun mungkin suami aku orang terakhir yang tahu.

Sebelum aku habis kan tulisan ini suami aku hantar satu mesej di instagram ciri isteri derhaka. Derhaka macam mana nya aku ini?

Derhaka kah aku kerana aku diam sepanjang hari selepas aku dimarah? Aku terlalu takut sebenarnya sehingga kan tapak kaki nya juga buat aku berdebar debar.

Sedih nya ya Allah.

Sumber: ekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih