“Sebutir Nasi Pun Tak Sampai” Pasangan Pengantin Ditipu Syarikat Katering Tak Hantar Makanan

Majlis perkahwinan merupakan majlis yang melibatkan ramai pihak terutamanya tetamu. Sudah tentu perancangan yang cukup rapi harus diadakan supaya majlis yang berlangsung berjalan dengan baik.

Namun, siapa sangka ada di antara pihak-pihak tersebut  tergamak menipu dan mengambil sambil lewa sahaja majlis penting orang lain sehingga pihak keluarga terpaksa menanggung malu.

Katering tak hantar makanan

Hasrat melangsungkan majlis perkahwinan dengan lancar tidak kesampaian buat pasangan pengantin baharu, Muhammad Khairun Nazri Mohammad, 24, dan pasangannya, Fatin Zahira Rosli, 26, ekoran syarikat katering membuat onar pada hari kejadian.

https://www.tiktok.com/@ajanreduan01/video/7105636112818916634?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6914164719906686465

Ahli keluarga & jiran2 tolong masak

Meskipun tiada katering, pasangan itu bersyukur saudara-mara dan jiran mereka sanggup bergotong-royong menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada 1,000 tetamu.

Menurut Muhammad Khairun, dua lagi pasangan turut menerima nasib yang sama. Kesal dengan apa yang berlaku, pasangan itu membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

@azieriezal2

Pertama Kali dlm sejarah keluarga kami.. Allah uji kakakku sekeluarga.. #fypシ #weeding #kulaijohor

♬ original sound – Fadhli – TuanFadhli

Tergamak buat majlis orang macam tu

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Raa-rata menyarankan supaya pihak ahli keluarga pengantin membuat laporan polis berikutan ditipu dan dipermalukan pada hari penting mereka.

Walaupun tidak menjelaskan sepenuhnya keadaan tersebut, pengguna TikTok itu memberitahu pihak keluarga sudah mengambil tindakan undang-undang dan warganet juga amat faham dengan situasi berkenaan kerana ia merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan di hari istimewa seperti itu.

Mujur keluarga dan jiran2 tolong

Rasa nak menangis kalau ada dekat tempat mereka

Berhati2 dengan katering sekarang, banyak yang ambil sub

Sumber: Harian Metro, Tiktok, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.