Sedih harga makanan dikec4m mahal, Chef Ammar tampil tunjuk bukti guna bahan terbaik

Setiap kali Ramadhan tiba, nama Cef Ammar meniti di bibir penggemar makanan. Semuanya kerana kelazatan juadah Nasi Arab air tangan cef selebriti ini sehingga menjadi viral di media sosial.

Sampai pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 semata-mata mahu menjamu menu istimewa tersebut. Dengar khabar, gerai belum buka pun dah ramai yang berbaris. Luar biasa penangan Cef Ammar!

Cuam ramadhan kali ini menyaksikan ramai pembeli mengadu makanan di bazar naik harga. Tak cukup dengan itu, ada yang kata kualiti makanan tidak setanding dengan kenaikan harga tersebut.

Cef terkenal, Cef Ammar turut terpalit dalam isu yang sama apabila makanan yang dijual beliau dikritik terlalu mahal. Menjelaskan perkara tersebut, cef ini berkata proses penyediaan makanan yang dijualnya tidak mudah dan barang yang digunakan semuanya berkualiti tinggi.

Video rakaman sedutan sesi live itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok.

@momomqms

Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

@momomqms

Reply to @basitbroga5039

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

@momomqms

Reply to @bondabaim

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen setuju dengan penjelasan dari Chef Ammar berhubung isu tersebut di samping menyarankan pada orang ramai yang tidak puas hati, untuk tidak membeli dan hanya masak sendiri di rumah.

“mahal tapi nampk sangat puas hati quality Dan sedap…bahan mentah pun mahal…skg.. sabar shed….”

“ye betol ni semua memang Mahal no wonderla…”

“sabaq chef.jgn koyak.nnti chef jual harga kampong”

“tante lala pernah berkata (klau mahal jagn beli setangg ini untuk orng yg mampu saja )”

“korg terase mahal masak lah sendiri…guna bahan2 beli sendiri..pastu pikir sendiri ..pikir2 lah…bende bukan murah..janji sedap berkualiti.”

“jangan koyak chef. biasa la Tu. bersih je dapurnye”

“Memang nasi arab dia style mahal, tak mampu jangan beli…”

Malah, selepas melihat proses dan bahan-bahan yang digunakan, mereka merasakan harga adalah berbaloi dan berpatutan.

Kredit: TikTok @momomqms