Selepas 6 tertudvh terlepas hukum4n gantung, Jabatan Peguam Negara fail rayuan kembalikan Seksyen 302 terhadap tertudvh (hukuman gantung mandatori)

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan kesalahan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas pertudvhan menyebabkan kem4tian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sebelum ini mereka didakwa atas pertudvhan membunvh.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan terhadap tertudvh, berkata: “Ya, kami akan memfailkan rayuan.”

Keenam-enam tertudvh terselamat daripada hukuman gantung tetapi masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah selepas mereka didapati bersalah menyebabkan kem4tian tanpa niat Zulfarhan Osman, empat tahun lepas.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Lima tertudvh itu sebelum ini menghadapi pertudvhan membunvh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukuman m4ti mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunvh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Hakim dalam keputusannya mendapati keenam-enam tertudvh bersalah atas pertudvhan dengan niat menyebabkan keced3raan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat membunvh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Kes3ksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kem4tian.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertudvh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya selepas didapati bersalah atas pertudvhan menced3rakan Zulfarhan Osman.

Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan menced3rakan, tetapi telah dilepaskan dari pertudvhan itu di akhir kes pendakwaan.

Dua belas penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Kesemua tertudvh yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.

Mereka didapati bersalah atas pertudvhan dengan sengaja menyebabkan keced3raan terhadap Zulfarhan Osman untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Kes3ksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Hakim Azman dalam penghakimannya memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut UPNM pada anggota badan Zulfarhan Osman telah menyebabkan kem4tian mngsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membunvh dengan sengaja.

Beliau berkata selepas mengambil kira keterangan pakar perubatan yang merupakan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah membuat dapatan bahawa kem4tian mngsa bukan suatu kem4tian yang mengejut selepas diced3rakan.

Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih