Selepas Dib0ikot‘, Kak Long 7E Dedah Apa Yang Berlaku Ketika Meniaga Di Pasar Malam

PETALING JAYA – Seorang wanita yang sebelum ini pernah tular dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ merayu agar orang ramai tidak memboikotnya.

Wanita berkenaan melalui siaran ‘Live’ yang dimuat naik semula di akaun TikTok @sagittarius_women sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai selepas videonya yang dikatakan mengejek orang kurang upaya (OKU) tular.

Menerusi siaran langsung itu, Kak Long turut mengaku berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga pernah terfikir untuk terjun dari bangunan tinggi.

“Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long, Kak Long ada anak kecik nak tanggung anak-anak. Anak-anak sekolah, nak kena bayar yuran, belanja hari-hari duit makan.

“Suami Kak Long tak boleh nak kerja sebab tak berapa sihat dan berada di hospital. Tolong jangan boikot Kak Long, minta maaf semua,” katanya sambil menangis.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai merupakan pempengaruh media sosial yang turut bersama-sama dalam sesi siaran langsung itu turut mendakwa Kak Long dikecam teruk sehingga tidak dibenarkan berniaga.

Wanita itu turut mendakwa dirinya dikecam teruk sehingga tidak boleh berniaga di pasar malam.

“Ini buli siber jadi, tolong berhenti. Kami kasihan sampai tak boleh nak cari makan, nak buat review nak ke pasar malam pun tak boleh.

“Pergi pasar malam, orang marah-marah, tak kasi berniaga. Empat hari Kak Long menangis cerita masalah dia. Maknya turut menangis. Kak Long tertekan sampai terpaksa makan ubat,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menegaskan apa yang diterima oleh wanita itu sekarang adalah kerana tindakannya sendiri.

“Salah dia sendiri, dia yang tutup pintu rezeki dia. Kenapa nak salahkan orang lain pula,” kata Zaiton.

“Cara dia yang sebenarnya tutup pintu rezeki dia, bukan salah netizen. Anggap ini ujian dari Allah untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Mana.

“Tiada siapa boikot dia, jangan lupa diri sendiri yang buka aib sendiri. Rakam dan sebarkan sendiri,” kata Ummu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita berkenaan tular selepas videonya memarahi pekerja sebuah kedai serbaneka menerima kecaman daripada orang ramai.

Belum lagi reda video tersebut, Kak Long sekali lagi tular selepas videonya dikatakan sedang mengajuk OKU turut tular sehingga Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) tampil membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

“Betul ke orang pasar malam tempat dia niaga marah dia sampai tak bagi dia niaga”

Buat video tiru gaya OKU, polis lengkapkan kertas siasatan

Terbaharu, tindakan Kak Long yang membuat video dengan gaya Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mencetuskan kemarahan netizen.

Polis akan merujuk kertas siasatan berkaitan kes wanita berusia 33 tahun itu yang didakwa menghina dan memperlekehkan orang kurang upaya (OKU).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kita akan rujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” ujarnya pada Jumaat.

Pada Rabu, polis merekod keterangan Wan Noor Baizura berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan OKU dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.

Keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

KOSMO! ONLINE