Selepas l0los, kelibat terkini di percayai Long Tiger tarik perhatian ramai. Ramai zoom kat tangan dia

TANGKAK: Seorang lelaki berketurunan Rohingya dipanggil Long Tiger kini diburu polis selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

rang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai ‘Long Tiger’, selepas meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

Muncul tangan berbalut

Dalam pada itu netizan pelik di mana beliau sorrikan gari p0lis. Namun jika di perhatikan di lengan sebelah kanan kelihatan kain puteh yang di balut berkemungkinan untuk meny0rok gari

“katanya tangan bergari… gambar ni x bergari.ni long cat kot..bkn tiger” komen sorang netizan

Terdahulu Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.

“Beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

“Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.

“Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat suspek atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi polis.

“Bagi kes ini, beberapa anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian,” katanya.

Mohd. Fadhil berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

Tambah beliau, tertuduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

“Suspek seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram memakai baju pagoda serta berseluar coklat,” katanya.

Siapa Long Tiger

Nama Long Tiger menjadi panas sebelum ini dengan pelbagai pembongkaran dilakukan oleh warganet. Aktivis yang “langsi” menggunakan nama Long Tiger ini sangat popular di media sosial apabila beberapa kali mencetuskan perbalahan dengan beberapa pihak.

Dia juga dikatakan sebagai Abang Long Kawasan Bukit Gamb1r. Namun keturunannya dikaitkan dengan pelarian Rohingya. Beberapa dokumen mengenai keturunannya mula tular di Media Sosial oleh warganet.

Tidak mahu mengaku Rohingya, Lagi Rahsia Long Tiger telah dikorek Netizen. Jabatan Nitizen malaysia memang pandai mengorek siapa sebenarnya Long Tiger ini.

Nama Sebenar Long Tiger.

Long Tiger atau nama sebenarnya Addul Hamim bin Ab Hamin dipercayai telah menutup akaun facebooknya apabila identitinya kantoi dan telah dikecam oleh pelbagai pihak. Perkara ini didedahkan oleh warganet di laman sosial.