Sepᴜpᴜ sᴜami beria nk jd pengasᴜh anak akᴜ. Kat Iᴜar berniqab tp dpn sᴜami pkai ketat..

F0to sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Terima kasih admin jika cerita ni disiarkan. Saya dan suami berkenalan Ogos 2017. Januari 2018 kami bertvnang dan berkahwin Jun 2018. Ertinya, perkenalan saya dan suami singkat dan kami tak bercinta sebelum berkahwin. Jadi, kisah silam su4mi saya tak tahu.

K1ni setelah lebih dua tahun berkahwin, kami ada seorang puteri comel yang diberi nama Puteri. Sepanjang berkahwin, alhamdulillah suami sangat penyayang dan baik. Saya dijaga bak tuan puteri. Selepas setahun kami berkahwin, saya selamat melahirkan Puteri.

Selesai pantang, kami berusaha mencari pengasuh yang sesuai untuk Puteri sebab saya akan mula bekerja tidak lama lagi.

Jadi, sepupu suami (anak makngah suami) -saya namakan dia Nurul, tawarkan diri untuk jadi pengasuh Puteri. Nurul ni baru habis dipl0ma, sementara tak dapat kerja, nak tolong jaga Puteri.

Pada mulanya, suami dan mama (ibu mertua) tak setuju. Saya pula setuju sangat sebabnya Nurul ni pada pandangan saya baik.

Nurul ni luaran memang baik. Cakap sopan santun, bertudung labuh, dan berniqab. Nurul juga peramah. Makngah (mak Nurul) duduk setaman dengan kami, jadi selalu jugalah berjumpa. Saya pelik dah kenapa suami dan mama tak setuju, rupanya ada kisah. Huhu.

Dipendekkan cerita, kami ambil keputusan untuk bagi Nurul jaga Puteri. Sebulan yang pertama semuanya okay. Nurul jaga Puteri dengan baik sekali. Masuk bulan yang kedua, saya mula rasa sesuatu yang pelik.

Pertama, Nurul selalu suruh saya ambil Puteri lambat. Saya seorang guru, jadi paling lambat pkul 3 saya dah balik. Kalau mesyuarat pun, pkul 4 tu dah balik. Tapi Nurul minta saya ambil pkul 5. Katanya nak bagi saya rehat dulu.

Kedua, bila saya ambil awal, Nurul bertanya, Mana Abang Ali(suami)? kenapa bukan Abang Ali yang ambil?

Eh, eh Nurul ni dah kenapa. Saya bertambah pelik. Sejak tu, saya mula perhatikan gerak geri Nurul.

Baru saya perasan. Perangai pelik Nurul ni kalau saya hantar Puteri ke rumah dia, pertama, keluar bilik tak bertudung malahan berpakaian ketat sedangkan dia tahu saya datang hantar Puteri dengan suami.

Bila nampak suami, baru masuk bilik pakai tudung. Dengan kata lain, sengaja nak bagi suami saya nampak aurat dia.

Kedua, suka duduk dekat-dekat dengan suami walaupun suami saya duduk jauh dari dia. Masa nak ambil Puteri, kadang-kadang kami singgah minum sebab makngah jemput.

Suami saya duduk hujung, tapi Nurul tanpa segan silu pergi duduk sebelah suami sambil pegang Puteri. Amboi, macam awak pula isterinya ye. Huhu. Ketiga, selalu caII suami di hujung minggu dengan alasan nak tanya khabar Puteri.

Hello, kalau nak tanya pasal Puteri, kenapa mesti call suami? Kenapa tak call saya? Suami kalau Nurul yang call, mesti suruh saya yang angkat dan cakap dengan Nurul. Sebab suami pun tak nak cakap dengan Nurul.

Keemp4t, svka post gambar Puteri di sosial media seolah-olah Puteri itu anak dia.

Hmpir setiap hari dia post gambar Puteri di sosial media dengan caption ‘si comel ibu’ ‘anak solehah’ ‘comel macam ayahnya’ dan lain-l4in lagi.

M3sti korang semua cakap suami macam ada hubungan dengan Nurul kan. Jawapannya tidak. Awal tadi saya ada tulis yang saya perkenalan saya dan suami singkat dan saya tak tahu kisah silam suami.

S3lepas beberapa bulan, saya dan suami makin tak selesa dengan Nurul. Kami cuba cari pengasuh lain. Saya suarakan rasa tak selesa dengan perbu4tan Nurul pada mama.

T1ba-t1ba mama terlepas cakap ‘Tu lah, dari dulu mama tak bagi Nurul jaga Puteri. Mesti dia rasa Puteri ni anak dia dengan Ali’.

Mama sendiri terdiam lepas cakap tu. Tahu dia dah terlepas cakap. Sesuatu yang mereka semua simpan dari saya. Iaitu kisah silam suami yang saya sendiri tak tahu.

Rupa-rupanya mama dan makngah pernah bercadang untuk kahwinkan suami dengan Nurul. Masa tu Nurul baru habis SPM, suami pula dah bekerja (sebelum kenal saya). Suami menolak dengan cara baik.