Setelah Kes Sudah Melebihi 10k, KJ Beritahu Ramalan Dan Apa Yang Akan Terjadi Selepas Ini

Malaysia kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian 0micr0n, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menerusi satu hantaran di Twltter rasminya, beliau berkata, kes harian C0vidl9 dijangka akan mencecah 15,000 tidak lama lagi.

“Masih satu juta warga emas di negara belum menerima d0s penggalak (vaksin C0vidl9). Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” menurut hantaran itu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twtternya mengenai imej Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) kes harian C0vidl9 dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 hingga 31 Mac ini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Khairy turut menyeru orang ramai untuk mengambil dos penggalak dan menekankan tujuan utama v4ksin C0vidl9 adalah bagi mengurangkan keseriusan gejala.

“Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital/ICU (unit rawatan rapi) lebih baik. Dapatkan suntikan dos penggalak,” katanya.

Malaysia kembali merekodkan kes baharu C0vidl9 melebihi 10,000 apabila 10,089 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 9,117 semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak itu kini meningkat kepada 2,914,220 kes.

Kes baharu C0vidl9  sudah melebihi 10,000

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,914,220 kes setakat ini.

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,549 diikuti Johor (1,582 kes); Sabah (1,285 kes); Kedah (904 kes); Pahang (624 kes); Pulau Pinang (542 kes); Kuala Lumpur (491 kes); Kelantan (471 kes); Negeri Sembilan (464 kes) dan Melaka (457 kes).

Perak pula mencatatkan 321 kes diikuti Terengganu (213 kes); Putrajaya (61 kes); Sarawak (58 kes); Perlis (44 kes) dan Labuan (23 kes). Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman C0VlDNOW.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih