Setelah Lama Menyepi, Tiba2 Muhyiddin Umum Satu Berita Gembira Buat Semua Tersenyum

MajIis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan, jika kadar pelalian terhadap COVlD-I9 mencapai 90 peratus penduduk dewasa.

Pngerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh menteri terbabit untuk dibincangkan lagi minggu ini, termasuk membuka semula sempadan negara, yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

BeIiau berkata, cadangan itu juga akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

” Rentas negeri berdasarkan kepada data dengan kadar vaks1nasi sudah meningkat hampir ke 90 peratus.

” Kalau dimaklumkan tadi, kemungkinan dalam bulan Oktober sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.

” Jadi, saudara bolehlah pergi merayau ke mana-mana di Malaysia ini tetapi sentiasa ingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Muhiyiddin berkata, beberapa kementerian akan meneliti kewajaran membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing.

“Soal isu pembukaan sempadan kita, saya bangkitkan tadi dan ada respons. Ini sedang diperhalusi oleh Menteri-menteri yang terbabit untuk dibincangkan dalam minggu ini juga.

“Apakah kewajarannya supaya sempadan negara kita dibuka untuk membolehkan Malaysia dan rakyat kita pergi ke luar negeri? Di mana diterima, disebabkan mereka semua sudah diberikan suntikan dos lengkap?

“Kita lihat sama ada sempadan akan dibuka untuk membolehkan pelawat, peniaga, usahawan, pelancong datang ke negara kita. Salah satu daripada keputusan yang saya fikir akan membawa kesan yang besar kepada negara kita,” katanya.

Rentas negeri 3 minggu lagi

Terdahulu, kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan tiga minggu lagi.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein antara lain mahu memastikan orang ramai menerima vksin lengkap dalam masa terdekat sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

” Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat.

” Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini.

” Jadi sebelum ia (rentas negeri diumumkan), banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

” SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dilaporkan membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, ini kerana, sehingga Rabu lalu, 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan svntikan vksin COVlD-I9 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila kebenaran rentas negeri diberikan.

” Adalah mustahil untuk kerajaan pantau dan laksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

” Sebab itu disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan.” katanya.

Sumber:bharian