Staff Mengamuk, MBSA ambil maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan

Siap tuding jari marah pelanggan, netizen tegur staf jaga kaunter harap kawal emosi

Tak dinafikan, bahawa petugas yang ditempatkan menjaga kaunter pertanyaan sememangnya mencabar.

Mana tidaknya, mereka perlu berdepan dengan ratusan pelanggan yang datang dengan pelbagai perangai berbeza hampir setiap hari.

Video staf mengamuk di kaunter tular

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna staf boleh bertindak sesuka hati seperti mengamuk atau memarahi pelanggan seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Menerusi video yang dimuat naik @mynewshub, memaparkan detik kekecohan yang berlaku di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membabitkan seorang stafnya dengan pelanggan.

video penuh di akhir artikel

Pertelingkahan berjaya dileraikan

Gara-gara gagal mengawal emosinya, staf lelaki itu lantas bangun dan meminta pelanggan duduk dengan nada suaranya yang agak tinggi.

Malah, konflik makin memuncak selepas staf berkenaan keluar dari ruangnya dan menghampiri lelaki berbangsa Cina itu, mujur berjaya dihalang oleh seorang wanita di situ.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara terbabit.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf berikutan insiden pertengkaran membabitkan seorang kakitangannya dan seorang pelanggan semasa berurusan di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning yang tular pada Selasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu.

Menurutnya, kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Shahrin berkata, MBSA sedaya berusaha memastikan masalah itu tidak berulang dan berharap penjelasan itu dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang tular di media sosial.

“MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBSA,” katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, tular rakaman video seorang kakitangan MBSA dan seorang pelanggan bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.

Video durasi satu minit 38 saat itu menunjukkan berlaku provokasi antara kedua-dua individu terbabit namun punca sebenar pertengkaran tidak dapat dipastikan.

Reaksi Netizen

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perkara itu seharusnya diselesaikan secara baik.

Seorang pemilik akaun Twitter menggunakan nama Sab, di dalam komennya meminta supaya netizen tidak membuat sebarang andaian.

“Kita kena tahu punca. Di dalam media sosial ini kita hanya tunjuk (siarkan) apa yang kita mahu sahaja,” katanya.

“Jangan terlalu emosi”.

“Jaga kaunter memang mencabar”

“Benda boleh selesai cara baik”

 

Menurut mereka, walau sesukar apapun situasi ketika itu, sepatutnya mereka perlu lebih bertenang agar situasi kekal terkawal selain akui bahawa bertugas di bahagian itu sememangnya sangat mencabar emosi.

Video:

Sumber: Rdaksi, sinar harian.