Tahniah. Akhirnya Penyanyi Terkenal N0ra Ariffin Kahwin Tahun Ini, Dedah Bakal Calon

SEREMBAN: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin yang hidup bersendirian selepas kehilangan suami tercinta lima tahun lalu mengakui akan mendirikan rumah tangga bersama insan istimewa tahun ini.

Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin, 48, berkata, lelaki yang mahu memperisterikannya itu telah dikenalinya dalam tempoh p.andemik C0vid 19 lalu.

Tambahnya, lelaki yang telah menc.uri hatinya itu bukanlah seorang ahli p.olitik, sebaliknya jelas Nora, berkemungkinan merupakan seorang pendidik.

Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan tarikh hari bahagianya itu dan memberitahu bersedia berkongsi dengan peminat apabila tiba waktunya nanti.

“Insya-Allah dalam masa terdekat akan berkahwin dalam tahun ini, benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti, Alhamdulillah, anak-anak okay, mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU kerjasama dengan Yayasan Sofa Negeri Sembilan di sini hari ini.

Nora yang merupakan b.alu kepada komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memberitahu, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema telah menafikan d.akwaan kononnya beliau dan Ahli P.arlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah bernikah di selatan Thailand.

Sementara itu, Nora yang kini kembali aktif menyanyi turut memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan lagu baharu tahun depan.

“Konsep lagu masih dalam perbincangan. Kita tak mahu terburu-buru, lagi pun kita baru nak recover balik.

“Tapi ia lebih kepada tema kebaikan. Lagu berunsur d.akwah itu tidak semestinya lagu ketuhanan. Saya dah penat nak sedih-sedih,” katanya lagi.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.