Tak Cukup Kena Kec4m dgn Segelintir Netizen, Chef Ammar Kena Tegur Pula Dgn Pembeli Tapak Niaga Sendiri

Selepas tular berkenaan harga makanan yang dijual dikatakan ‘cekik darah’, tukang masak viral, Chef Ammar Ali sekali lagi menjadi sorotan di media sosial berkenaan rasa tidak puas hati pelanggannya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Muhamad Bukhari, dia telah memuat naik satu video.

Dimana seorang lelaki dikatakan telah berasa berang kerana tidak dapat membeli Nasi Arab kerana telah habis.

Rata-rata netizen ada yang menyokong, dan ada yang membantah sekumlulan lelaki yg marah Chef Ammar ini.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

   

“Nak makan, beraturlah awal..”

   

“Chef Ammar kena buat sistem giliran..”

   

“Mungkin hari² beratur x dapat, tu ngamux tu..”

   

Dalam rakaman video itu lagi, lelaki berkenaan telah bertemu dengan Chef Ammar dan memaklumkan yang dia sudah beratur lama.

Namun tidak dapat membeli juadah tersebut memandangkan pembeli sebelumnya sudah memborong dalam kuantiti yang banyak.

Dapat didengar yang lelaki itu menyarankan kepada tukang masak berasal dari Palestin tersebut untuk memberi limit kepada pembeli agar orang lain dapat membeli serta merasai sama Nasi Arab istimewa itu.

Perkongsian video berkenaan telah ditonton lebih dari dua juta viewers kurang dari sehari ia dimuat naik.

Dapat dilihat juga yang Chef Ammar cuba menenangkan lelaki itu dan memberikan penjelasan walaupun dia sendiri seperti dalam keadaan letih.

Tak Cukup Kena Maaki dgn Netizen, Chef Ammar Kena Marah Pula Dgn Pembeli Tapak Niaga Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas berkenaan isu tersebut.

Kebanyakkan daripada mereka berasa keluhan lelaki itu tidak wajar kerana dia tidak mempunyai hak untuk menyekat pembelian orang lain.

Mereka juga merasakan yang hal remeh ini tidak perlu dilayan kerana konsep ‘siapa cepat dia dapat’ perlulah diamalkan kerana ia melibatkan pembelian di bazar Ramadan.

Baru-baru ini, perniagaan Chef Ammar di Bazar Ramadan Shah Alam menjadi perhatian ramai selepas ada pihak mendakwa Nasi Arab yang dijual berharga ‘Tel Aviv’.

Perkara itu membuatkan tukang masak tersebut sedikit emosi dan menjelaskan harga tersebut berpatutan dengan barang yang digunakan kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti serta proses pembuatannya yang khusus.

Sumber: TikTok Muhamad Bukhari