“Tenang Arwah Tengok Baby Baik-Baik Je.” Wanita Ini Disangka Ibu Susuan Ayash Rupanya Bukan

Sejak Ogos yang lalu, Ayash Affan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia memandangkan dia tidak berkesempatan menatap wajah ibu yang pergi buat selama-lamanya.

16 November lalu, genap 100 hari usia Ayash Affan yang merupakan anak keempat pasangan penyanyi Shuib dan Allahyarham Siti Sarah. Satu majlis tahlil, cukur jambul dan tahnik diadakan di mana sekali lagi si kecil ini menjadi tumpuan ramai.

Turut mencuri tumpuan adalah perkongsian daripada penjaga Ayash Affan iaitu Linda Omar menerusi video yang dimuat naik ke TikTok miliknya.

Menganggap Ayash macam anaknya sendiri sementelah dia mahu mencurahkan kasih sayang seorang ibu  seperti mana mungkin dilakukan Allahyarhamah jika masih hidup lagi.

Linda yang juga merupakan kakak ipar kepada Siti Sarah berkata,  dia tidak pernah bezakan kasih sayang antara anak susuan dengan anak kandung.

Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai menitipkan doa semoga dia dapat menjaga Ayash Affan dengan sebaik mungkin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui terharu dan berasa cemburu dengan Linda Omar kerana terpilih untuk mencurahkan kasih sayang kepada  bayi kesayangan seluruh rakyat Malaysia tersebut.

@LiedaAR85:alhamdulillah. beruntung sangat dapat menjaga anak² yatim.ganjaran nye pasti disana dah menunggu.

@aleeyaanuar:sampai skg xleh kalau psl arwah lalu dkt fyp..auto sebak..semoga sis menjadi ibu terbaik utk ayash..

@Saidah Sulaiman84:Semoga mama ayash dipermudahkan segala urusan..diberi kesihatan selalu tuk menjaga baby ayash

@wvniwvni:Moga dipermudahkan urusan buat Puan dan keluarga..terima kasih sbb sudi berkongsi kasih syg seorang ibu buat ayash dan adik beradik ayash..

Begitu pun Linda menjelaskan  yang dia hanyalah penjaga saja, bukan ibu susuan anak keempat Siti Sarah sepertimana yang disangkakan oleh wargamaya.

@lindaomar:bukan sis.. penjaga ayash

@lindaomar:buat masa ni saya yang full jagakan ayash,kalo ada mama shuib pun kami gilir2 jaga

Hak saya merindui Siti Sarah – Shuib

Genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu enggan menghiraukan skeptikal segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya terus membuat perkongsian tentang arwah isterinya dalam media sosial.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, menjelaskan, media sosial bukan sekadar tempat meluahkan perasaan, bahkan platform yang boleh meneruskan doa-doa baik buat seseorang, khususnya insan tersayang.

“Semua orang ada kehidupan masing-masing sebab media sosial bukan tempat untuk meluahkan perasaan semata-mata.

“Kadang-kadang saya terfikir juga, mungkin menerusi perkongsian itu orang baca dan akan sampai lagi doa-doa dan al-Fatihah untuk dia,” jelas Shuib.

Majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash disempurnakanoleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Menurut Shuib juga, merindui dan mengingati Siti Sarah juga adalah haknya.

“Kalau orang kata saya tak boleh move on dengan pemergian Siti Sarah, saya pun tak boleh nak kata apa. Saya pun tak tahu bila saya akan move on atau tidak. Biarlah orang nak cakap apa,” jelas Shuib ketika ditemui Kosmo! Online usai majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak bongsunya, Ayash Affan disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk arwah Siti Sarah.

Ditanya tentang kondisi emosinya, Shuib juga mengakui menangis dan terganggu emosi setiap kali terkenang arwah isterinya yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.

USIA Ayash kini sudah mencecah tiga bulan.

“Anak-anak okey cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh move on dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak move on, tapi perasaan saya ada dia saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Memang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Selain itu, Shuib turut berkongsi tentang keadaan fizikalnya yang kelihatan semakin susut akibat hilang selera makan sejak pemergian isterinya.

“Ya, saya kurang makan sebab tak ada selera. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, pada pukul 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang, makan bila lapar saja, itu yang badan susut sikit. Susut dan hitam sebab saya akan main golf untuk lupakan sekejap pasal Sarah, tapi bila balik rumah, tetap teringat,” katanya.

Sementara itu, bapa mertua Shuib, Raisuddin Hamzah berkata, pada hari ke-100 pemergian Siti Sarah, dia sekali lagi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dengan meletakkan batu nesan ke pusara satu-satunya anak perempuannya itu.

“Pagi tadi, saya selesaikan memasang batu nisan ke pusara dia. Kalau orang kampung, kita panggil ‘turunkan batu’. Semasa tengok nama Siti Sarah di batu nisan, saya rasa macam tak percaya.

“Rasanya, patutnya terbalik, patutnya anak yang pasang batu nisan untuk ayah. Tapi itulah hakikatnya dan saya reda,” ujar Raisuddin.

Seperkara lagi, Shuib sendiri tidak sanggup barangkali tidak cukup kuat untuk meletakkan batu nisan yang tertulis nama Siti Sarah ke pusara yang dikunjunginya hampir setiap minggu itu.

“Tak, saya tak boleh buat tetapi saya ada cari dan kutip batu sungai untuk diletakkan di pusara Sarah,” katanya menutup perbualan