Terdengar Bunyi Rengekan Seakan Merayu Meminta Makanan. Kelibat John & Johnny Tarik Perhatian Nelayan

Alor Gajah: Kehadiran John dan Johnny tidak pernah diundang, tetapi sejak kali pertama diberikan ikan oleh sekumpulan nelayan kira-kira enam bulan lalu, pasangan memerang jantan dan betina itu semakin jinak.

Dengan jarak hanya lima meter dari gigi pantai di Pangkalan Nelayan Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di sini, ia menjadi destinasi pilihan haiwan liar itu untuk mencari makanan terutama yang bersaiz kecil seperti selangat, tamban, anak gelama, mempinis dan duri.

Nelayan, Abu Noh Md Isa, 65, berkata, John dan Johnny hadir di pangkalan nelayan terbabit sejak enam bulan lalu dan mula menikmati ikan dilemparkan kira-kira 15 nelayan yang kasihan melihat keadaan haiwan berkenaan dalam kelaparan.

Menurutnya, ketika nelayan yang baru naik ke pantai mengasingkan ikan daripada udang, tiba-tiba haiwan berkulit gelap itu muncul di gigi pantai sebelum mengeluarkan bunyi yang seakan-akan meminta makanan.

“Kami mencampakkan ikan kepada haiwan itu lalu ia menyambar kerana lapar dan bermula daripada situlah nelayan di sini menamakan pasangan memerang itu sebagai John dan Johnny.

“Boleh dikatakan setiap hari haiwan ini datang untuk mencari makanan,” katanya.

Abu Noh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Kassim berkata, dari semasa ke semasa haiwan sepanjang kira-kira 0.91 meter dengan anggaran berat lima kilogram (kg) berkenaan semakin mesra dengannya serta nelayan lain.

Kadang kala, katanya, pasangan memerang terbabit mengikutnya pulang ke rumah yang terletak pada jarak kira-kira 60 meter dari pangkalan sambil merengek meminta ikan.

“Haiwan ini sangat cerdik kerana apabila kami mencampakkan ikan ke pasir pantai, ia bawa ikan masuk ke laut untuk dibersihkan sebelum memakannya.

“John dan Johnny paling menggemari ikan duri dan selangat serta ada-kalanya mampu menghabiskan sekilo ikan itu tidak sampai 20 minit.

“Nelayan di sini amat terhibur dengan gelagat John dan Johnny yang seolah-olah memahami apa yang kami cakap dan cerdik mengikut arahan,” katanya.

Sementara itu netlzen yang mengikuti perkembangan John & Johnny turut melahirkan rasa terhibur dengan gelagat haiwan ini.

Mastura Mokhtar 

Pandai betul memerang nie, ikan yg nelayan tu lemparkn ,pstu memerang pi cuci kt laut😂😂..Semoga Allah s.w.t murahkn rezeki buat nelayan2 yg beri mkanan pda John& Johnny nie..Aamin😃😃

Donn De Caprio 

Sikit masa lagi berduyun lah org ramai melawat john & johhny untuk bergambar bersama.. Dan x lama ada lah mau claim binatang ni peliharan dia yg terlepas siap bawa sijil lahir..

Mharchtz Xmhillha Fhanchieyzt 

Sye pernah bela anak memerang dahulu… masih bby lagi sye jumpa… menangis kat dlm hutan ..ingatkan org buang bby… ye memerang tertinggal anak nya seekor… sye bela ingat boleh survive … dekat sebulan jaga terus meninggal 😭😭😭 sayang betul sye dgn conet …. bunyi dia menangis tu buat sye terhibur… menyusu macam kucing guna botol susu haiwan … susu pun susu mahal ..😔😔 seandainya sye dapat jumpa lagi bby ni… mmg sye akan jaga baik2 lagi…

Nana Fadzil 

Haritu ada tengok dekat ig story budak mana entah dok jerit2 nampak John and Johnny ni diorang panggil
” weii singa laut weii singa lautt” 😂😂

Sumber: Harian Metro & FB Siti Umira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.