Tinggi 174cm, Wanita Ini Kongsi Situasi Selalu Dialami, “Tinggi Dari Rak…”

Di Malaysia, sangat jarang untuk melihat kaum wanita yang memiliki ketinggian melebihi 170cm seperti di negara-negara lain. Baru-baru ini pula, seorang gadis menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan situasi yang selalu dialaminya dengan ketinggian 174cm.

Menjadi wanita yang lebih tinggi dari rakan di sekeliling, dia juga berkongsikan kelebihan yang dimilikinya terutamanya ketika keluar membeli barang di kedai. Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai yang tertarik dengan ketinggiannya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia mempunyai ketinggian 174cm yang boleh dikatakan tinggi berbanding rakan wanitanya yang lain. Dia kemudian berkongsikan situasi yang biasa dialaminya ketika membeli barang di kedai.

Menurutnya, oleh kerana ketinggiannya itu dia mampu mencari barang dengan lebih mudah. Bukan itu saja, dia juga kelihatan lebih tinggi dari rak-rak di kedai sekaligus memudahkan urusannya jika ingin membeli barang.

Dalam masa yang sama, dia turut berkongsikan perbezaan ketinggiannya itu bersama dua lagi rakan wanitanya. Berbeza dengan wanita ini, mereka tidak mampu melihat barang-barang di atas rak atau rak di sebelah seperti yang dilalui wanita ini.

https://www.tiktok.com/@lilariesgf/video/6986916351470341402?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6914164719906686465

Di ruangan komen, netizen turut sama terpukau melihat ketinggian yang dimiliki wanita ini. Memandangkan ianya agak jarang untuk melihat wanita tinggi seperti itu di Malaysia yang kebanyakannya memiliki wanita yang lebih rendah.

“Patutlah senang je my husband cari I walaupun ramai orang dalam watson.”

“Begitulah perasaan lelaki. Kadang-kadang penat gak asyik nak membongkok.”

“Literally me setiap kali masuk watson.”

“Boleh nampak orang kat rak sebelah, bestnya tinggi.”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: