[Vide0] “Jerung Putih Tu x Dtg Rehearsel Ke” – Gelagat Aeril Zafrel Menari TikTok Cvri Perhatian

“Lama tak nampak keluarga ni bertiktok. Sekali tiktok gempak habis”

Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Sunari mendirikan rumahtangga bersama pelakon kelahiran Sabah iaitu Wawa Zainal sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebagai pelakon, Aeril masih lagi aktif membintangi beberapa drama sebagai teraju utama namun Wawa lebih selesa menguruskan perniagaan mereka berdua yang semakin berkembang.

Pasangan bahagia ini dikatakan pasangan yang paling terkenal kerana sering memuatnaik video bersama sebagai keluarga yang bahagia.

Sering kali memuatnaik video aktiviti bersama keluarga, Aeril Zafril selalu dikatakan sebagai seseorang yang amat mementingkan keluarga. Video terbaru yang dimuatnaik di laman sosial beliau iaitu aktiviti riadah riang ria bersama keluarga.

Video tersebut adalah aktiviti bersama keluarga yang meniru video yang dimuatnaik oleh Skuad Jervng Merah. Nampak terserlah kebahagian mereka apabila bersama sebagai sebuah keluarga.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang memuji Aeril yang sangat sporting dan suka melayan karenah isteri dan anak2nya.

Video:

@aerilzafrel8

Cheerleader paling tak bersemangat

♬ original sound – Sofiaa Marieylla – Sofiaa Marieylla

Netizen sudah faham dengan gelagat Aeril dan Wawa dan ramai yang terhibur dengan konten Tiktok mereka itu.

Ramai juga yang memberi komen yang aeril suka mengikuti banyak trend yang ada di aplikasi tik tok kerana Skuad Jervng Merah itu terkenal di aplikasi tik tok sekarang ini.

Sekali sekala melakukan aktiviti bersama keluarga sambil bergembira apa salahnya kan. Lagipun sekarang ini setelah kelonggaran diberikan untuk kita membuat aktiviti, sepatutnya dimanfaatkan lah dengan sebaik mungkin dengan aktiviti bersama keluarga.

Komen Netizen:

Perkongsian video ini kini telah mendapat sebanyak 2.4 Juta tontonan dan menerima lebih 2 ribu komen daripada para Netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Tiktok, mediamalaysia