[VIDEO] Sampah Cɑmpak Keluar Kereta, Wanita Kutip & Lempɑr Balik Sampah Kepada Pemandu

Membuang sampah sesuka hati merupakan satu tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yang tidak beretika.

Lebih-lebih lagi membuang sampah di kawasan awam seperti ketika menunggu lampu isyarat bertukar warna.  Ia pastinya  satu tindakan biadap dan sudah tentu mencemarkan kebersihan kawasan sekitar.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sitisitieliza apabila memuat naik video menghampiri seorang pemandu kereta yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap kereta ketika menunggu lampu isyarat.

Kutip balik sampah yang dibuang

Wanita tersebut bertindak mengutip sampah yang dibuang dan memberikan semula kepada pemandu kerana individu tersebut sudah dua kali melakukan hal sama ketika di lampu isyarat berkenaan.
“Jenis bebal! kereta besaq otok kecek!  padan muka hang! tu sampah kedua hang buang tau dak? 1st sebelum hang buang tu aku tengok ja. Ingat tak buang dah. Ehhh hang buang 1 lagi rilek ja nohhh. bodo piang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kita perlukan orang macam akak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan komen TikTok @sitisitieliza telah menerima pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan pengguna TikTok itu bagi memberi kesedaran kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.

Sedih lihat ada pemikiran buang sampah rata2 lagi

Respect tindakan macam ni

Bagus tindakan akak

Kereta mahal, buang sampah tak reti

Video:

https://www.tiktok.com/@sitisitieliza/video/7017276440152460571?sender_device=pc&sender_web_id=6907069745734338050&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

 

Sumber: TikTok @sitisitieliza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih