Wanita Ini Tegur Kanak-kanak Main Basikal Jam Dua pagi Ditepi kubvr Tak Sngka Budak Yg Dia Jumpa Itu Sebenarnya

TERLAJAK berani.Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang selamba bermain basikal berhampiran kawasan tanah perku,buran pada awal pagi.

Gelagat kanak-kanak tersebut dirakam dan dikongsikan di aplikasi TikT0k oleh ibu saudaranya yang sehingga kini meraih lebih daripada 45,000 jumlah tontonan.

Nur Farhana tdak menyangka kanak-kanak perempuan yang dilihatnya bermain basikal seorang diri ketika awal pagi rupa-rupanya anak saudara sendiri.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Farhana Dewarjuti Nasution berkata insiden tersebut dirakam beberapa hari lalu ketika dia secara kebetulan melalui jalan di hadapan rumah kedua ibu bapanya di Kampung Sungai Hala, Machang, Kelantan untuk mengambil pesanan makanan.

“Rumah ibu bapa saya memang terletak di tepi tanah perkuburan. Buka je pintu memang jelas nampak kvbur. Itu tanah perkvburan lama dan sejak saya kecil lagi memang dah ada.

https://www.tiktok.com/@nurfarhanadewarjutinasu/video/7007491493065673985?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6914164719906686465

“Sekarang dah berumah tangga, saya tinggal di rumah sendiri namun tak jauh pun dari rumah mak ayah. Masa hari tu, saya nak ambil makanan yang dipesan dan memang kena lalu depan rumah mak ayah.

“Kedai di kampung kami memang buka hingga awal pagi. Lebih kurang pukul 2.30 pagi masa lalu dengan kereta, saya nampak seorang kanak-kanak leka main basikal depan rumah mak ayah. Rupa-rupanya anak buah saya.

“Saya terus tegur dia kenapa duduk luar waktu awal pagi. Dia kata nak main basikal. Terus saya suruh dia masuk dalam rumah,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Nur Farhana, anak saudaranya, Qaisara yang berumur lima tahun sememangnya tinggal bersama ibu dan bapanya bersama dua adik beradiknya yang lain.

Tanah perkvburan ini terletak bertentangan dengan rumah ibu bapa Nur Farhana.

“Ibu Qaisara sedang bekerja di Kuala Lumpur, jadi mak dan ayah serta adik-adik saya yang jaga. Tk pasti macam mana dia boleh keluar, sama ada pandai buka kunci sendiri atau pintu tak berkunci.

“Qaisara memang tak takut, mungkin sebab keliling rumah mak ayah saya ni semua rumah saudara mara kami juga… biras-biras. Kadang-kadang kami bersembang sampai lewat pagi sebab tinggal dekat.

“Tapi masa video dirakam, memang tiada orang yang teman atau bersamanya. Mungkin Qaisara sendiri tak tahu ketika itu dah pukul 2.30 pagi,” kata ibu kepada tiga orang anak ini.

Pastinya ramai menganggap keluarganya sering berdepan g4ngguan tinggal berdekatan dengan kubur, namun menurut Nur Farhana, mereka sekeluarga tdak pernah diuji dengan situasi berkenaan.

“Cuma seorang anak saudara lelaki saya yang berusia tiga tahun, dia seolah-olah boleh nampak ‘sesuatu’. Dia akan cakap nampak hantu macam poc0ng dan berwajah h0d0h.

“Dan dia berani duduk atau bermain seorang diri di luar rumah. Kalau kami sedang bersembang dan dia cakap macam tu, automatik meremang juga bulu roma dan kami akan masuk dalam rumah,” katanya yang menjalankan bisnes secara dalam talian (online).

Antara komen netizen pada perkongsian video Nur Farhana.

Menurut Nur Farhana, perkongsian tersebut dibuat secara suka-suka namun dalam masa yang sama mahu mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk lebih peka dengan anak masing-masing.

“Mujurlah jalan depan rumah mak ayah saya bukan jalan utama. Kadang-kadang mungkin terlepas pandang. Walaupun anak-anak dah biasa dengan kawasan rumah tapi seeloknya kena peka,” ujarnya lagi

Sumber : mstar