Wanita Yg Curi Makanan Pelanggan FoodPanda Di Hospital Seri Manjung Akhirnya Mengundang Padah

Hajat hendak mengisi perut yang kosong tidak kesampaian apabila makanan yang dipesan melalui aplikasi FoodPanda telah dirembat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pengadu berkata, kejadian itu berlaku di Hospital Seri Manjung sekitar jam 9.30 pagi, Ahad lalu (5 Jun 2022).

Difahamkan, pengadu membuat pesanan makanan melalui aplikasi FoodPanda. Sebaik saja mendapat notifikasi penghantar makanan telah tiba di lokasi, pengadu pergi mendapatkan pesanannya. Malangnya, penghantar makanan berkenaan tiada di lokasi dan pesanan sudah diserahkan kepada ‘pelanggan’.

“Mngsa order makanan dari FoodPanda, bila rider sampai hospital, pencuri dah tunggu siap-siap di depan tempat delivery dan mengaku dirinya sebagai pelangan yang membuat pesanan yang dibayar secara online.

“Tetapi apabila mngsa turun, rider dah beredar. Mngsa terus menghubungi rider, tetapi rider kata pesanan sudah diambil oleh penerima dan mengaku sebagai nama pelanggan yang membuat pesanan. Sedangkan pelanggan yang sebenar tidak dapat makanan,” katanya.

Setelah mendapat maklumat mengenai pencuri terbabit daripada penghantar makanan dan pengawal keselamatan hospital, pengadu mencari dan berjaya menemui individu yang tidak bertanggungjawab itu di dalam wad.

“Jumpa kat  dalam wad, siap dah makan makanan dengan muka tak bersalah. Percakapannya amat kurang hajar, tiada adab dan langsung tidak mahu meminta maaf. Ayat terakhir dari pencuri, ‘Pergi blah dengan kau punya halal’,” katanya.

Berikutan itu, rata-rata warganet meluahkan kemarahan dan mempersoalkan tindakan wanita terbabit mengenai halal haram yang perlu ditanggung kerana mencuri makanan hak orang lain.

“Mak aku warded pun aku serba salah nak makan makanan dia. Yang ini pula selamba saja makan makanan orang order dari luar. Cara makan dengan kaki kat atas pula tu.

“Siapa yang kenal budak tu tolong nasihat sikit. Nak suruh mak cepat sihat, buat perangai elok-elok skit. Jangan lupa nasihatkan mak tu sama,” itu antara komen yang ditinggalkan netizen.

“Bila dah viral nanti, tampillah ahli keluarga kata dia ni sakit mental. Kemudian minta maaf dan sanggup bayarkan harga serta minta delete semua,” kata Samerosie.

“Sila lapor pada polis. Kau hadap sangat nak makan free kan, haa kat lokap nanti kau membahamlah dapat makan free. Untung-untung stay kat jail setahun dua. Makan minum itu semua pembayar cukai yang tanggung,” kata Jari.

Sumber: thereporter