Terlelap Masa Memandu Boleh Ragut Nyawa, Ini 5 Simptom Microsleep Yang Perlu Anda Tahu

Pernah atau tidak anda mengalami keadaan di mana secara tiba-tiba terlelap ketika sedang memandu kenderaan di atas jalan raya. Pasti ramai yang pernah mengalami masalah sebegini.

Perkara seperti ini digelar sebagai ‘microsleep’, di mana seseorang berkeadaan badan ‘tidur’ buat seketika. Bagaimana ia boleh berlaku? Ini kerana segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat.

Microsleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya microsleep
Paling utama berlakunya microsleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.

Sumber: polis Johor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.