Abah nak Makan Nasi Goreng tapi DlTENGKlNG oIeh Anaknya, Paksa Makan Roti Canai je, Namun Tindakan Abahnya Slps itu Sgt Mengejutkan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Ia kedengaran biasa namun jika diteliti dengan mendalam, ia membawa maksud yang sangat besar.

Selagi ada waktu, selagi itu kita masih berkesempatan berbakti dan menyayangi bapa kita.

Kasihnya ayah mungkin sering tidak diucapkan melalui kata-kata atau belainya.

Tetapi jauh di sudut hatinya anak-anak adalah sumber inspirasinya dan kebanggaannya.

Setiap perit, peluh dan keringatnya adalah untuk keluarganya yang tercinta.

Selamilah hati ayah anda dan kucuplah tangannya yang telah di mamah usia

Dunia semakin maju, namun masih ada segelintir masyarakat hari ini yang kurang peka dengan sensitiviti perasaan ibu bapa.

Sedih Bila Dapat Seorang Ayah Diperlaku Sebegini Di hadapan Ramai Orang

Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai makan telah menceritakan pengalamannya berdepan situasi sedih sebuah keluarga ini.

Sis ni keja kedai makan. Cite dia ari ni berkisahkan satu family ni. Diorang datang beramai-ramai.

Ade kakak ade adik ade suami anak buah segala bagai.

So sebagai tukang oder, sis tanya la nak minum apa, nak makan apa. Si ayah oder la nasi goreng cili pada.

Yang si kakak ( mungkin yang nak belanje makan) mar.ah-ma.rah ayah dia.

Suruh makan roti canai je sebab kakak dia takde bajet. Duit tak cukup la apela semua.

Gara-gara sedang berbajet, seorang anak yang dige.lar sebagai kakak terus memarahi bapanya yang menginginkan nasi goreng.

Perasaan ayah mana yang tidak sedih bila diperlakukan anak sebegini di hadapan orang luar?

Gadis yang mengambil pesanan makanan ini perasan akan perubahan air muka bapa tersebut dengan mata yang sedikit berkaca.

Mungkin sebab terlalu lapar, si bapa tetap memesan nasi goreng berserta teh o panas.

Namun, ini yang dilakukan bapanya selepas makanan itu sampai.

Bila sampai ayah dia bayar sendiri dia makan. Ayah dia malu sangat weii. Nampak muka ayah dia berubah. Mata macam tetibe berkaca.

Aku pun sentap. Agak-agak la nak ma.rah ayah kau. Depan aku wei. Tu kan bapak kau.

Dia nak makan, biar la. Tapi ayah dia tetap oder jugak nasik goreng tu. Mungkin ayah dia lapar.

Bertambah la mar.ah akak tu. Siap cakap ari ni tak niaga takde duit, nanti nak belanja semua, pastu nak bayar macam-macam.

Allahuakhbar.

Depan orang luar macam aku kau cakap camtu kat ayah kau. Ayah dia oder teh o panas dengan nasi goreng cili padi.

Bile sampai ayah dia bayar sendiri wei dia makan. Tapi aku nampak mata dia merah-merah kuar duit.

Tak sampai RM10 pun. RM6 je!

Apela guna anak ramai-ramai kalau sorang pun tak boleh nak bayarkan makanan ayah dia.

Tak sampai rm10 pun . Rm6 jerr. Rm6!. Kalau orang lain kau nak berkira aku paham la.

Ni bapak kau sendiri. Orang yang jaga kau masa kau kecil. Ehh tah la.

Tak paham la sis. Katenya berniaga, macam mana nak murah rezeki kalau nak belanja makan tapi berkira?

Murah rezeki tau belanja orang makan ni.So ,sis think positive la,maybe betul la dia takde duit.

Kita husnuzon je. Bersangka baik kan.

Dia bagi RM5… bapak dia tolak. Sedih sis tengok. Then family tu pun nak balik. Kakak dia la yang bayar semua.

Pastu acah-acah tanya pakcik tu dah bayar eh? Air dia makan dia. Pastu dia bagi rm5 kat bapak dia. Bapak dia tolak.

Pastu bapak dia trus bangun gi tandas. Sedih wei tengok. Sampainya hati anak.

Ya Allah jauhkan la sikap anak-anak sis daripada sikap-sikap macam ni. Takutnya rasa bile pikir.

Dah tua nanti macam tu ke anak-anak layan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

‘Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah…
Ayah… menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa…’

Itulah antara baik-bait lirik yang terdapat dalam lagu nyanyian Aris Ariwatan. Lirik yang selalu saya dengar suatu ketika dulu.

Kenapa saya pilih ayah? Kenapa saya tidak pilih ibu kerana dalam lirik lagu tu juga terdapat ungkapan yang ditujukan khas buat ibu.

Senang, mudah alasan saya, kerana ibu istimewa dalam jati dirinya yang tersendiri.

Sesiapa pun tak mungkin akan menyangkal kalau ibu itu adalah segala-galanya di dunia ini.

Ibu mampu menjaga 10 orang anak dalam satu masa. Sedangkan 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dalam masa yang berbeza.

Terukkan kita sebagai seorang anak? Sering saja terlupa di mana tempat kita berpijak selama ini.

Mudah saja mendabik dada bila kejayaan erat di genggaman.

Dan ayah, abah, papa, daddy atau apa sekalipun panggilan seorang anak untuk ayahnya.

Golongan ini selalu jatuh ke tangga kedua selepas ibu. Tapi meski duduk di tangga kedua, ayah juga tak kurang hebat fungsinya.

Hanya jarang benar orang mahu memperkatakan soal ayah. Entah sebab apa sukar untuk dijelaskan.

Mungkin kerana seorang ayah itu tidak atau jarang sekali memperlihatkan perasaannya pada seorang anak.

Tapi, sebenarnya jauh di sudut hati kecil mereka, tersimpan selaut kasih buat seorang anak yang kadang-kala sukar untuk memahami hati seorang tua bernama ayah.

Bila dimarahi atau ditegur, cepat saja membuat andaian kalau ayah tak pernah menyayangi mereka. Sudah benci barangkali.

Tapi… pernahkah terfikir di benak kita, kalau teguran yang diberikan bertujuan untuk mendidik, mengajar atau memberi pemahaman.

Hanya caranya tidak sama dengan seorang ibu yang lebih lembut.

Namun itu juga bukan salah ayah, memang fitrah kejadian seorang lelaki.

Harus tegas dan selalu tahu mengawal emosi dalam apa keadaan sekalipun hingga kadang-kala seorang anak silap mentafsir diri dan hati mereka.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana saya pernah melihat pengalaman itu dengan mata saya sendiri.

Seorang ayah yang pendiam dan amat jarang bercakap. Malah tidak pernah bercakap dengan anak lelakinya sejak anak itu meningkat dewasa.

Tak ada sebab, apalagi kemarahan dan dendam tetapi memang mereka berdua begitu. Baik ayah mahu pun si anak, tak tahu apa yang hendak dibualkan.

Bila mereka duduk berdua, masing-masing kaku dan beku tapi anak itu masih boleh menolong ayahnya bekerja. Keluarga tu sudah lali dengan keadaan yang berlaku.

Mereka terima itu sebagai kekurangan ayah mereka yang tidak begitu pandai berkomunikasi dengan anak-anak. Malah, dengan atuk mereka pun ayah mereka tak bersuara.

Tapi jauh di sudut hati, mereka sedar ayah mereka terlalu menyayangi mereka. Hanya tak tahu bagaimana mahu meluahkannya.

Buktinya, si ayah yang tak pernah berkomunikasi dengan anak lelakinya itu menitiskan air mata lelakinya hanya kerana anak itu.

Ada kejadian ngeri yang berlaku dalam keluarga mereka dan itu melibatkan si anak tadi.

Pertama kali dalam sejarah hidup, ayah itu memeluk anak lelakinya erat-erat demi memberikan semangat pada anaknya supaya tak rebah, pun suaranya tak sedikit pun terkeluar.

Hanya ada tangisan tersedu-sedu di bibir kering itu. Dan anak itu, dia tahu… dia akur… memang ayahnya begitu.

Tapi dia sudah lama tahu, ayahnya rela berbuat apa saja deminya.

Mengorbankan nyawa pun dia tahu ayahnya sanggup. Tak perlu suara, tak perlu kata dia dapat menyelami hati tua itu.

Nah… kita yang saban hari berbual dan bercakap dengan ayah kita. Sedarkah kita akan kehadiran kasih sayang ayah kita?

Dan kasih sayang, perlukah diucapkan supaya kita sedar akan kehadirannya?

Atau hanya dengan mempamerkan emosi dan perbuatan itu sudah memadai untuk kita mengerti?

Jawapannya ada pada kita sebagai seorang anak…

Dsa besar drhaka kepada ibu bapa. Derhka pada kedua ibu bapa merupakan do.sa besar yang selalu tidak pernah lepas dalam pembahasan khutbah, agama dan sebagainya.

Sebaliknya di saat ini, banyak orang tua khususnya ibu yang menyakiti hati anak-anak mereka.

“Redha Allah pada redha orang tua dan mu.rka Allah pada mur.ka orang tua.” (HR. Al Baihaqi).

Kita memhon kepda Allah semoga membimbing kita untuk mendapat keredhaanNya dan menjauhkan kita dari sikap derhaka kepadanya.

Sesungguhnya Dia Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang, lagi Maha Pengasih.

Semoga bermanfaat dan beri pengajaran kepada kita.

Sumber: Twitter niknurainhamid