“Abang, boleh teman saya jalan tak? Saya takut air hujan

Bukan semua orang mudah untuk melayani kanak-kanak istimewa, apakan pula tiada kaitan dengan darah daging sendiri. Namun, bila ada individu yang prihatin terhadap kanak-kanak ini pasti membuatkan hati tisu kita beremosi.

Menerusi sebuah video 1 minit yang tular di media sosial, terlihat seorang pemuda sedang berjalan menemani seorang kanak-kanak yang didakwa anak istimewa ketika hujan renyai.  Difahamkan, mereka berjumpa di sebuah masjid dalam perjalan pulang ke rumah.

https://twitter.com/NazmiHanafiah/status/1177467219552288770?s=19

 

Dia tak berani jalan lorong tu sebab takut air hujan, so dia tercegat je tak lalu pun situ. aku tak faham la apa dia rasa.

Dia tunggu orang lalu, which is kebetulan waktu tu aku. Pastu dia tanya “abang-abang, abang teman saya jalan boleh tak”.

Rata-rata netizen memuji tindakan pemuda ini dan sangat tersentuh dengan kebaikan yang dilakukan olehnya. Keikhlasan terpancar dalam video ini.

berkawan dengan kanak kanak istimewa ni the best. diorang lebih menghargai kita 🙂

I’m literally crying. My aunty can’t talk, can’t walk, can’t hear so i tak tahu apa ketakutan dia, bila dia takut tengok this kids, gugur air mata i. Semoga semuanya dipermudahkan untuk dia

aku menangis dengar dia cakap “terima kasih” ikhlas betul bunyi dia

Semoga kebaikan anda menjadi inspirasi kepada org lain. Semoga Allah merahmati anda.

Sumber: tweet nazmihanafiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*