
Mesti ramai yang ternanti-nanti dengan perkembangan terbaru bayi kesayangan ramai iaitu adik Ainul Mardhiah kita. Beberapa hari lepas ibunya ada berkongsi tentang rancangan permakanan untuk Ainul. Dan semalam ibunya memaklumkam bahawa bayi tersebut sudah tumbuh gigi sebatang, yeah.
Nampak dah gigi sebatang
Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun instagramnya, dapat dilihat adik Ainul tersenyum dan menampakkan sebatang gigi yang baru hendak tumbuh. Dan yang lebih jelas kelihatan adalah wajah Ainul yang semakin comel serta tidak menunjukkan reaksi tak selesa.
Melalui perkongsian yang di buat, rata rata warga maya sangat teruja dengan perkembangan terbaru adik Ainul kita.
Mana tidaknya sebelum ini ketumbuhan di mulut yang pernah dihidapinya sebelum ini sangat menyentuh hati semua lapis masyarakat sehingga ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan sehingga pembedahan berjaya dilakukan di London.
Ainul dah bam bam
Menerusi komen yang ditinggalkan, ramai telah memuji kecomelan adik Ainul yang kelihatan semakin besar dan aktif bermain. Mereka juga mendoakan agar kesihatan Ainul Mardhiah terus-terusan baik sehingga dia dewasa kelak.
Alahai, semakin comel ainul. Semoga membesar dengan baik dan sihat yer.
Geram tengok pipi gebu tu.
Putih melepak anak dara sorangni
Amboi pipi
Terima kasih yang mendoakan adik Ainul kita. Jangan lupa doa untuk orang lain juga ya. Semoga semua sentiasa dirahmati Allah.
Kredit: Nurul Erwani Zaidi
Leave a Reply