Anak OKU, suami hidap knser kronik, warga emas cari duit bawa Grab

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan nasib seorang warga emas yang terpaksa mencari rezeki sebagai pemandu Grab demi menyara suaminya yang menghidap kanser kronik dan anak kelainan upaya.

Kisah mengenai warga emas berusia dalam lingkungan 60an ini dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, di Facebook miliknya semalam.

Perkongsian itu telah menjadi viral dan sehingga kini menerima lebih 9,300 tanda suka dan 5,400 perkonsian dari netizen.

Dalam pada itu, seorang netizen yang mengenali pemandu Grab itu memberitahu, wanita yang dikenali sebagai Puan Misnah Chuminin itu merupakan seorang yang tabah dan penyabar serta sentiasa berusaha mencari rezeki tanpa meminta dengan orang lain.

Sementara itu, Ahmad Fedtri menyeru mereka yang menggunakan khidmat Puan Misnah agar menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau menyara suami dan anak-anak.

Netizen yang kagum dengan ketabahan Puan Misnah turut mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*