‘Anak Saya Dimana?’ – Tiba Di Jakarta, Gugurnya Air Mata Ibu Ashraf Sinclair Tambah Suasana Hiba

Disahkan menggal dunia akibat serangan jantung, pemergian pelakon Ashraf Sinclair amat dirasai kedua ibu bapa dan ahli keluarganya. Sejurus menerima berita duka tersebut, ibu bapa, Mohammed Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman bersama Aishah Sinclair terus terbang ke Jakarta Indonesia menghadiri majlis pengebumian.

Portal Indonesia, Tribun News melaporkan setibanya di rumah duka ibu tidak dapat menahan sebak lalu menangis sekuat hati.

‘Anak saya dimana?’

Difahamkan, kedua ibu bapa Allah yarham sampai di Jalan Pejaten Barat IV, Pasar Minggu, Jakarta Selatan lebih kurang jam 13:00 waktu Indonesia Barat. Mereka dilihat berjalan sugul masuk ke rumah duka diiringi tetamu yang ada disitu. Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Anak saya dimana, anak saya dimana.

Walaubagaimanapun, bapa, Mohammed Sinclair ketika ditanya media hanya berdiam dan meminta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai pemergian anak.

Maaf maaf.

Tolong (jangan halangi saya).

‘Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah’

Sementara itu, The Star melaporkan ibu sempat menghantar pesanan Whatsapp kepada media memaklumkan mengenai pemergian Allah yarham.

Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang.

Malah, semasa ulang tahun kelahiran Ashraf ke-40 September tahun lalu, ibu ada memuatnaik ucapan hari jadi khas buat anaknya tersayang.

Kami bersyukur, dia bahagia

Ashraf turned 40 today! As parents, we are blessed, he is happily married to a beautiful woman, Bunga, they have a delightful son, Noah and they are living comfortably in Jakarta. Its wonderful for us to go to Jakarta anytime we want and to enjoy being with them. Do enjoy every minute of being 40… before the numbers change!

Sebagai orang tua, dia bersyukur Ashraf bahagia berkahwin dengan seorang wanita cantik, Bunga. Malah, anaknya itu juga dikurniakan seorang zuriat lelaki yang comel, Noah. Apa yang lebih membahagiakan, mereka ada kehidupan selesa di Jakarta. Bila-bila masa sahaja, dia boleh ke sana untuk menghabiskan masa bersama. Dia berharap Ashraf gembira nikmati kehidupan di usia 40.

Sumber:ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.