“Baby Sayang”. Gadis Sabah Mirip Mira Filzah Tarik Perhatian Netizen.

Siapa tidak kenal dengan pelakon comel molek Mira Filzah yang menjadi kegilaan ramai peminat terutamanya lelaki. Wajah manis pelakon bertudung itu sering menjadi tumpuan dan tarikan umum di media sosial sehingga pernah tercetus fenomena ‘Baby Sayang’.

Terbaru, menerusi pages Facebook Sabah Viral Info memuatnaik beberapa foto gadis Sabah iras wajah Mira Filzah. Memang sama!

Gadis Sabah yang bernama Nicole Alph ini merupakan peserta ratu cantik bagi mewakili daerah Karambunai. Gadis berusia 24 tahun itu pernah memenangi gelaran Unduk Ngadau Karambunai pada tahun 2018.

Kini, Nicole Alph bekerja sebagai pegawai bank, mendapat pendidikan di Asian Tourism International College dan menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Baby Sayang

sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.