‘Balik dari lepak, isteri sudah tidak bernyawa & baby menangis kelaparan’

Setelah memasuki alam perkahwinan, segala aktiviti yang dilakukan ketika masih bujang perlu dikurangkan apatah lagi jika sudah mempunyai anak. Baik si suami atau isteri, tumpuan dan tanggungjawab perlu diberikan seratus peratus terhadap keluarga. Apabila salah seorang sudah pergi meninggalkan kita, sedikit penyesalan pun sudah tiada guna.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini mengejutkan netizen. Siapa sangka, ketika si suami keluar dari rumah, si isteri nampak sihat. Tapi pulang sahaja dari rumah, si isteri sudah tidak bernyawa. Tangisan si anak      kecil merungkai pemergian ibunya.

CERITA BENAR. Kawan abang I lepak dengan kawan-kawan sampai dekat subuh. Time tu isteri dia baru lepas beranak. Baby baru 3 bulan ke 4 bulan macam tu. Time dia balik rumah dekat subuh, masuk bilik tengok baby dia nangis yang tahap dah tak ada suara.

Bila dia kejut bini dia, bini dah tak bernyawa. Baby menangis sebab lapar. Tak tahu since what time baby dia menangis nak susu. Can you imagine? Balik lepak tiba-tiba bini dah tak ada, sedangkan waktu itu kau sepatutnya ada di sebelah bini kau.

Kawan abang I tanggung rasa bersalah sampai ke hari ini. Boleh imagine lagi tak, bila orang tanya bini meninggal sebab apa? Tapi kau tak boleh nak jawab sebab kau tak tahu apa yang jadi sebenarnya.

Bila orang tanya apa sebenarnya jadi pun, kau tak boleh nak explain. Kau hanya boleh cakap tak tahu. Bila mak pak mertua dia tanya, dia diam tak tahu nak jawab apa.

Bila orang tanya dia dekat mana time tu, dia diam. Kalau kau dekat tempat kawan abang I tu gamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’??

Boleh pergi melepak, tetapi kena ingat sama tanggungjawab and amanah yang ada untuk dijaga. Dah kahwin tapi lepak macam orang bujang. Bila dah kahwin, pandailah jaga priorities.

Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah ini. Yang lelaki be a good, wise, grown up, matured, responsible or any best man you can ever be to your family.

Guys, kejadian ini bukan baru terjadi ye.. Kejadian ini berlaku pada November 2017. Sekarang, anak dia dah nak masuk 2 years dah. Isteri dia meninggal sebab lemah jantung (keputusan post mortem).

Sumber: mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*