“Balu Abam tak pernah minta sedekah!” – Nurul Zahid mengaku sebar nombor akaun Nor Hidayah

PERKONGSIAN nombor akaun bank milik balu arwh Abam iaitu Nor Hidayah adalah atas inisiatif rakan artis untuk memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, aktivis politik iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata isteri Allahyarham Abam tidak mengetahui mengenai sumbangan itu.

“Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas inisiatif saya.

“Saya minta rakan-rakan repost nombor akaun balu Abam termasuk pelakon Fizo Omar untuk membantu dia membesarkan si kecil (Hamzah).

“Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu… salah ke peminat nak bantu juga? Dosa ke?,” katanya menerusi laman Instagram.

Nurul mengakui meminta rakan artis berkongsi maklumat akaun Nor Hidayah.

Bersama kapsyen tersebut, turut disertakan paparan skrin perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black iaitu Naquia Yasirah atau Cira di mesej peribadi Instagram.

Dalam perbualan tersebut, Nurulhidayah atau lebih mesra disapa Kak Long meminta Cira mendapatkan nombor akaun bank balu arwh Abam.

Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti!

NURUL ZAHID

Pada Jumaat lalu, adik Abam yang juga pelawak iaitu Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun peribadi dan menerima sumbangan orang ramai.

Bantuan itu seolah-olah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwh dan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

Sementara itu, Nurulhidayah berkata, dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah merasai keperitan kehilangan suami dan bergelar balu.

Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada Hidayah supaya terus bangkit membina kehidupan tanpa mengharapkan sesiapa.

“Lillahitaala ini usaha saya sendiri. Saya tak kenal pun Dayah tapi saya simpati sebab saya pernah rasa jadi balu.

“Pesan dekat Dayah… Move on! Jangan harap sesiapa, buktikan Dayah boleh bangkit!

“Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti,” ujarnya.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.